Gerai Makan Musim Sekolah
Ini kisah musim cuti sekolah yang lepas. Anak-anak zaman dahulu kalau cuti sekolah akan lepas bebas di luar rumah. Sekarangni masih lepaskan mereka tapi selalunya selepas sembahyang asar sahaja. Yang laintu memang kenalah main di dalam rumah..
Anak akak memang pantang nampak kotak, mesti nak buat macam-macam. Untuk cuti sekolah kali ini buat gerai makan yang dinamakan Memory Cafe. Hias sama-sama dengan kawan-kawan yang selalu datang bermain di rumah. Pilihan warna pink anak perempuanlah katakan. Akak yang sekali-sekala tengok diaorang mainpun rasa nak tergelak.. Seorang jadi tukang ambil pesanan, ada juruwang dan pelanggan. Tukang masak tiada dalam ini wayang sebab hanya seorang juruwang sahaja yang muat dalam cafe.... ha.. ha...
Janji diaorang happy biarkan sahaja mereka berfantasi. Mana tahu bila dah besar nanti sama-sama mengusahakan kafe sudah ada pengalaman masa kecil.
Inilah rupanya gerai makan hanya masa cuti sekolah...
Ini pulak peti ais anak-anak masa kecil dahulu...
Toys r us pun tidak menjual mainan sebegini...
Hanya ada di Bandar Kinrara...
Jimat belanja, janji anak happy...
Comel betul anak dara ni masa kecik dulu:)
ReplyDeleteBetullah bagi mereka main selagi ada peluang. Nanti dah besar sibuk belajar semua ini jadi kenangan.
wahhh berbakat jd usahawan bila besar nanti ni ...
ReplyDeletekreatif betul anak2 akak :D
ReplyDeleteHaha
ReplyDelete.
Kecik kecik dah nak buka gerai
.
Dah besar jadi usahawan berjaya 😃
Anak2 lebih suka meniru cara orang dewasa. Biasanya ibubapa sebagai cermin untuk mereka meniru.
ReplyDeleteKita kenalah berhati hati depan mereka.
Kreatifnya akak...mesti anak2 seronok main..lagi2 lah hasil tangan mak diorang 😍
ReplyDeleteKreatif! mana tahu dah besar nanti jadi usahawan berjaya. Aminnn
ReplyDelete