Tempat Menarik Kuala Lumpur ~ Muzium Negara

Ini kisah ke Muzium Negara kami juga. Ingatkan tiada gambar di ambil, rupanya ada di handphone anak akak. Jadi untuk kenangan inilah gambar yang anak-anak akak ambil.. Memang agak ralat tidak dapat bergambar sakan sebab banyak benda yang menarik di sini.
 Mesti bergambar kalau sampai Muzium Negara...
 Murah.. murah... Hanya RM2 sahaja...
Inilah harga yang di bayar untuk masuk ke Muzium Negara..
 Keretanipun cantik untuk bergambar...
Rasanya di dalam ini tidak boleh bergambar..
Sebab rasa macam bestjer ambil juga gambar...
Sekolah zaman dulu-dulu...
Meja panjang macam di kedai makanjer...
Akak merasa masa di sekolah agama rakyat... 
Syiok weh sebab hubungan rasa akrabjer dengan kawan sebelah menyebelah...

Di Muzium Negara ini ada 4 galeri yang boleh dikunjungi. Galeri A tentang sejarah awal, Galeri B pula tentang Kerajaan-Kerajaan Melayu, Galeri C ialah Era Kolonial dan Galeri D pula Malaysia Kini. Di sini juga terdapat aktiviti yang dianjurkan dari masa ke semasa. Terdapat juga juga pelbagai pameran di luar Muzium Negara yang sesuai untuk kita bergambar. Boleh naik ke Istana Satu yang merupakan sebahagian dari bangunan istana Trengganu yang dibina dari kayu cengal. 

Di perkarangan Muzium Negara ini terdapat Muzium Seni Kraf Orang Asli dan Muzium Etnologi Dunia Melayu. Semasa kita membeli tiket untuk Muzium Negara belilah juga tiket untuk masuk ke kedua-dua muzium yang ada di situ. Akakni ingat semuapun 'all in' rupanya kena beli tiket yang lain. Anak-anak bolehlah masuk sebab kanak-kanak percuma.

Lawatilah laman web :- MUZIUMNEGARA

Muzium Negara, sebuah bangunan indah bercirikan senibina Melayu tradisional berdiri megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagai gedung khazanah sejarah negara. Kini Muzium Negara yang baru selesai dinaiktaraf  pada tahun 2008, tampil lebih menarik dan interaktif dalam membawa pengunjung menerokai sejarah Malaysia bermula dari era prasejarah hingga ke Malaysia kini. 

Boleh tengok aktiviti di sini jika berminat...

Comments

  1. teringat filem Pendekar Bujang Lapok bila nampak 'sekolah' tu..hehe. Bagus juga bawa anak-anak ke sini, boleh belajar tentang sejarah dan menghargai pengorbanan tok nenek kita dahulu. Harga pun murah je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts