Dik Ya berbaju kebaya berkasut rugged

Susah nak tengok dik Ya berbaju ge'girl'.. sekali dia nak pakai baju kebaya pemberian adik ipar akak.. Untuk majlis perkahwinan anak kepada kawan suami akak tiba-tiba sahaja dia terima permintaan ibu dia.. Majlis berlangsung di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya Bangsar.. Syukur senang dapat tempat letak kereta tidak perlulah kami menapak jauh.. Rasanya anak-anak kawan suami ini kecil-kecil belaka kini sudah entah berapa kali dia menerima menantu. Kenduri kahwin sebelum ini kami tidak dapat hadir.
Ayu kan kita!!!!
Baju sudah macam gadis melayu terakhir...
Tengok kasut rugged sangattu.... 
Sekali dia kangkang pulak...
Percubaan untuk nampak ayu berjaya...
Kenapa Atikah tidak berbaju kurung atau jubah?
Rupanya semua baju kurung dia sudah senteng ataupun sempit...
Tengok dagu dia dari gambarnipun dah boleh nampakkan...

Comments

  1. Baby comel pakai baju apa pun nampak comel 😃
    .
    Naik semangat emak nak dressing anak anak.
    .
    😃
    .
    Meraka kan ibarat kain putih, insyaallah mak ayah yang akan tentukan mereka membesar bagaimana 😉

    ReplyDelete
  2. cantik sgt kak!!!! kene plak tu dgn potongan badan die...mcm custom made plak....kalo buat baju raye pun cun ni kak....tahun ni nak buatkan anak dare lieya baju kebaye laa kak....tapi tak le ketat2...buat longgar2 laaaa...

    ReplyDelete
  3. Canteknya...susah skg nk tengok org pakai kebaya apatah lagi budak2.Ayu sungguh bagai gadis pingitan.

    ReplyDelete
  4. Comel nya! kaler baju dan kain tuh memang match la kak! kalau pakai heels and sling bag lagi meletop! hehehe :)

    ReplyDelete
  5. Ayulah sangat Dik Ya! Lain kali boleh pakai lagi kebaya ya. Mana tahu tetiba cepat pulak ibu dapat bakal menantu dek tergoda dengan keayuan Dik Ya. Booklah dulu ^_^

    Bukan Dik Ya aje Cho, anak saudara saya yang muda remaja pun ada juga buat perangai pakai bukan main lagi macam perempuan Melayu terakhir tetiba dibantainya pakai kasut gaya gini. Nangis kakak saya beri tazkirah pun depa tak peduli.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts