Kafe Coffee Culture pengganti Zawara Coffee

Sekarang di Bandar Kinrara terdapat banyak kedai makan baru di buka. Antaranya ialah Coffee Culture menggantikan Zawara Coffee. Selalu lalu lalang sahaja dan akhirnya tercapai juga hajat untuk minum di situ. Perut masatu agak kenyang tapi terasa ingin minum selepas selesai membayar yuran sekolah agama anak-anak. Kalau di lihat dari segi dekorasi tidak banyak yang berubah dari Zawara Coffee. Di bawah ini adalah komen dari pemilik Coffee Culture di entri akak yang ini ZAWARA COFFEE BANDAR KINRARA
Ronita IsmailOctober 21, 2016 at 9:59 AM
Saya lah owner zawara bandar kinrara dan sekarang coffee culture... saya berharap semua boleh bagi sokongan...makanan pun saya pasti yg halal saja...sekarang kami tambah menu ada nasi lemak...sambal buat sendiri...sweedish meatball..freakshake...spaghetti aglio olio..dll silalah
Gitulah kisahnya, jadi jangan malu-malu pemiliknya orang kita. Semoga Coffee Culture akan menambat hati warga Kinrara. Jom kita tengok gambar yang sedikit kerana malu ramai yang memerhati. Takut pulak dikatakan 'peghak', ordernya sikit tapi nak ambil gambar bagai..
 Gambar dari depan kedai..
Buat masa ini tempat letak kereta memang sangat mudah..
Akak suka botol air gulanya..
Inilah juadah pilihan kami berkongsi suami isteri...
Senangkan persembahan makanannya..
Tetap menarik dan memudahkan...

ALAMAT :-

KAFE COFFEE CULTURE
Jalan Kinrara 5A/1
Bandar Kinrara
Puchong Selangor

Comments

  1. Sekaranf bekas air semua pakai jag yang dah habis kan 😃
    .
    Kakau dulu orang susah je buat cam ni
    .
    Sekarang dah jadi trend hipster
    .
    Haha.
    .
    Betapa zaman berubah 😃
    .
    Menarik hidangan burger dan fries tu.
    .
    Nampak cantik susunannya

    ReplyDelete
  2. owh..baru tahu dah tukar nama.
    kiranya still pgurusan yang sama kan...

    ReplyDelete
  3. Dah try dah kak! Spaghetti olio. Masin sket pada saya tapi sedap ajer. Hahah! harga pun boleh tahan kan? hehehe...tapi selesa sangat. Ok la tuh / Sesekali nak makan western kan.

    ReplyDelete
  4. Tak apa sebenarnya. Normal orang tangkap gambar di kedai makan. Hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts