Resipi Sambal Tomato dan Menu 2 Generasi

Sambal tomatoni dibuat atas permintaan dik Ya yang tersuka masa makan di Restoran Cibiuk.. Katanya sedap jadi kita cuba buat macam opah akak buat dulu-dulu.. nanti kita tengok resipinya di bawah... 

Menu untuk dua generasitu sebab kalau mak mertua akak ada dirumah agak susah sikit nak memikirkan menu bersesuaian.. Nenek dan cucu tentulah citarasanya tidak samakan...sebab itu kenalah memikirkan apa yang mudah untuk semua... 

Masak lemak labu tentulah untuk mertua, anak-anak cuma ambil kuah sahaja... Tauhu jepun dan sayur tu juga untuk mertua sebab lembut.. Sambal tomato tentulah untuk dik Ya.. Sambal ikan bilistu untuk Atikah dan dik Ya, lauk peberet... Ada ayam goreng juga untuk Atikah dan neneknya, dik Ya tak layan sangat ayam...
Menu makan ringkas untuk semua...
Sambal ikan bilis itu juga kegemaran suami...


RESIPI SAMBAL TOMATO

Bahan-bahan diperlukan:

  • 5 biji cili merah 
  • 3 biji cili padi (Dipotong pendek)
  • 1 sudu makan belacan 
  • 3 biji tomato (rebus dan potong) 
  • 3 biji limau kasturi (ambik jus) 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan semua cili dan belacan ke dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat. 
  2. Masukkan tomato. Tumbuk lagi sehingga semuanya lumat. 
  3. Perahkan jus limau .
Resipi ada di entri yang ini :- RESIPI MASAK LEMAK LABU
Resipi ada di entri yang ini :- IKAN BILIS SAMBAL GARING


Kenapa kita ibu-ibuni bila memasak perkara paling sukar ialah untuk menyusun menu masakan. Berfikirtu lagi lama dari masa untuk memasak.. Suatu masa dulu apa yang mak kita masak kita telan tanpa banyak bunyi.. anak sekarangni macam-macam akalnya... ah! kita juga yang ajarkan... apa nak dikato... 

Comments

Post a Comment

Popular Posts