Resipi Ayam Masak Sambal Meletop

Sebenarnya kalau masak sambal anak-anak suka udang atau sotong.. Selalu ayam memang goreng... Oleh kerana haritu akak masak nasi minyak tentulah lebih sedap dengan ayam masak sambal. Resipi macam biasa bukan macam ayam masak merah bagai ni memang masak sambal..

Kalau masak nasi minyak mesti nak juga masak daging hitam cara mak kita dan jelatah... barulah boleh makan.. tapi anak-anak kurang sikit makan nasi minyakni, adik lebih suka nasi putihjer... memang senang nak bela korangni.. 
Ehm yummy! yummy!


Resipi Ayam Masak Sambal 

Bahan-bahan :-
4 ketul ayam
sedikit kunyit 
(gorengkan ayam separuh masak)
1 labu bawang besar (hiris kasar)
Bahan untuk di tumbuk 
        - 3 biji bawang merah
        - 3 ulas bawang putih
1 senduk cili kering kisar
sedikit garam, gula dan perasa
air asam jawa (sekali-sekala akak bubuh)
Cara-cara :-
1) Tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga keperangan dan naik bau. 
2) Masukkan cili kering kisar sehinggalah cili garing..
3) Masukkan air asam jawa atau air kosong sedikit.
4) Perasakanlah masak sambal kita dengan garam, gula dan serbuk perasa ikut suka yang memasak...
5) Masukkan ayam dan bawang besar.
6) Kacau rata dan biarlah sampai bawang layu dan sambal pecah minyak. Sedia untuk dihidangkan.
Ayam masak sambal, daging hitam bawang goreng dan kari telur... jelatah dan nasi minyak tiada dalam gambar...
Dah boleh makan nasi minyak kita...
Daging masak hitam tu terlebih kicap dan terlebih masa perapan...

Comments

Popular Posts