Resipi Ikan Bilis Sambal Garing

Suami akak memang selalu mintak akak buat sambal ikan bilis garing versi keluarga dia.. Buatnya mudah sangat tapi selalu tak buat juga, bertuah punya isteri.. Sambal ikan bilis ini boleh makan dengan nasi dan roti. Kalau makan nasi memang bertambah-tambah dengan nikmat pedas dan manisnya.. 
Inilah kegemaran suamiku...


Resipi Ikan bilis sambal garing

Bahan-bahan :-
  • Satu mangkuk ikan bilis 
  • Satu senduk cili kering kisar
  • sedikit gula
  • sedikit garam (tiadapun ok!)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan..
  2. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak..
  3. Letakkan sedikit gula dan garam... kacau seketika... 
  4. Tutup api dan masukkan ikan bilis tadi dan gaul sebati... 
  5. Bolehlah dimakan... akak suka letak dalam tempat bertutup kalau banyak.
Sambal ikan bilis ini kegemaran suami akak dan kini Atikah dan Azalia juga suka..
Memang berebutlah kalau masak sambal ikan bilisni... 


Kalau tiada idea nak masak sambal apa maka sambal ikan bilislah jawapnya. Yang penting masa goreng ikan bilis kenalah api kecil dan kacau selalu.. Jangan panik bahan-bahan untuk resipi sambal ikan bilis ni tiada bawang. Jawapannya memang tiada bukan silap menaip. Selepas selesai masak sambal akak akan matikan api dan tunggu sehingga sambal agak sejuk baru masukkan ikan bilis supa kekal rasa ranggup ikan bilis... 

Comments

  1. BUAT CICIAH CEKODOK PUN SODAP NI KAN....

    ReplyDelete
  2. ooo mmng resepi takyah letak bawang ye kak cho

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts