Resipi Sambal Belacan Cho ZIla

Suatu masa dahulu kalau makan tanpa sambal belacan umpama hilang sesuatu. Makan nasi mesti ada sambal belacan dan ulam barulah terasa nikmatnya. Itu dulu tapi sekarangni terpaksalah diketepikan nikmat indah kerana takut makan berlebihan. Ha..ha.. akakni kalau makan sambal belacan dengan ulam sahajapun dah boleh bertambah nasi. Nak lagi sedap goreng ikan masin pulak memang naik darah tinggi.

Lagi satu akak sekarangni memang dah ada penyakit darah tinggini. Jadi kenalah dikawal sedikit pemakanan supaya tidak menyusahkan diri sendiri. Mesti pelik yer sambal belacanpun kau nak masuk dalam blog ker? Saja suka-suka jangan marah yer sebab sambal belacan sebenarnya adalah elemen penting dalam masakan melayu. Apa salahnya kita abadikan di sini. 

Kalau makan sambal belacan di kedai tidak terasa belacannya sebab belacan sekarang sudah mahal harganya. Moh kita buat sendiri dan boleh simpan dalam peti ais..
Sambal belacanku untuk dijamu... 
Inilah rupanya sambal belacan di dalam lesung batu.. 


Resipi sambal belacan Cho Zila

Bahan-bahan :-
  • 2 tangkai cili merah
  • 5 tangkai cili padi
  • Sebesar ibu jari belacan 
  • Sedikit gula 
  • Jus perahan limau nipis

Cara-cara:



  1. Cili merah dan cili padi di buang bijinya... 
  2. Tumbuk dulu cili terlebih dahulu. Masukkan belacan dan bila dah rata masukkan gula...
  3. Untuk rasa masam letakkan jus perahan limau nipis ... 
  4. Ada yang suka guna jus limau kasturi dan potong kulit limau kasturi dalam belacan... 
Gambar dari google :- Rahsia Ulam
Sambal belacan tentulah sedap dimakan dengan ulam... 
Yummy... 

Comments

  1. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. halus betul akak tumbuk sambal belacan akak.... klu dana msh nampak lg cili nya hehhehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts