Team Building Perhentian ~ Makan Malam

Semakin berakhir team building Perhentian dengan adanya makan malam. Ini bukanlah makan malam yang perlu pakai baju merelit2. Cuma makan malam ini lebih istimewa dari segi menu dan tempat makannya. Malam ini ada kambing panggang dan makan ditepi laut.. Wau best ooo!!

Kalau selalunya kami makan di restoran sebelah lobi tapi malam ini di tepi pelantar menghadap laut (ala!! tempat kami bergambar sebelum check in). Kalaulah bersama insan tersayang tentulah rasa romantiknya. Ini dengan kawan-kawan banyak gelak dari makan. 
Wallah sedap weh!!
Sila makan. sila makan...

Geng bergambar kami yang ramai..
Sebenarnya ramai tapi inilah geng yang suka bergambar...
Pantang nampak kamera datang dari merata



Inlilah kawan sebilik akak...

Suasana bbq dan buffet makan malam kami....

sASA
Pilihlah yang mana suka...
Semuanya akak yang belanja...
Ha... ha...ha....
Terima kasih untuk PRIBUMI untuk penganjuran program yang padat dan sendat...
Semoga ada lagi aktiviti semacam ini lagi...

Selesai makan malam, ada kumpulan yang pergi ke Pulau Perhentian Kecil yang dikatakan lebih 'happening'.
Boleh bertanya kepada staf resort kalau nak pergi ke sana.
Namun ada juga kumpulan yang berkaraoke...
Yang bagusnya ada dua bilik jadi bolehlah diasingkan wanita dan lelaki..
Enjoy... yang jadi opahpun dah lupa cucu dapat pegang mikropon...
Tapi akak seperti biasa tak reti menyanyi...
Jadi kita duduk luar dan cari kawan sembang....
Ok.... esok dah nak balik...
Sekejap sangat rasanya .... 

Comments

  1. mmg ini lah acara yg ditunggu2 ye kak... dinner ala bbq nih... meriah best

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts