Aktiviti Petang Hari Kedua ~ Sukaneka

Selesai sahaja aktiviti berkayak moh kita bersukaneka pulak. Memang tidak berehat tapi demi membina ukhwah marilah kita. Kali ini akak join sekali. Walaupun permainan tidaklah mencabar tapi memang enjoy.

Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kumpulan akak dapat nombor 3 oklah boleh terima. Tiada hadiahpun disediakan tapi semuapun main macam dapat habuan RM1000. Lawan tetap lawan walaupun kita kawan...
Ini gambar bereamai selepas acara sukaneka...
Seronok yer selesai juga hari kedua dengan ceria...
Semoga hari mendatang akan membawa kebaikan kepada kita semua...



Memang seronok jadi kanak-kanak ribena ini...
Macam-macam gelagat yang boleh kita tengok..
Semuapun nak menang walaupun ada juga yang mengelat...
Orang tua kalau suruh main gitulah...
Pasukan yang menang dapatlah durian paling baik...
Kebetulan remisier RM yang berbaju oren bermurah hati kenduri durian.
Dia mintak adik resort belikan untuk dia..
Rezekilah korang dapat durian yang elok...
Bergambar adalah wajib... 
Terima kasih kepada yang belanja durian...
Moga Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah untuk dia...
Moh kita makan durian...
Best ooo tak sama makan durian di Puchong dengan di pulau tau... 
Team building Perhentian terbaik!!!!

Comments

Popular Posts