Perjalanan Team Building Perhentian Bermula

Inilah kisah team building Persatuan Remisier Bumiputra (PRIBUMI) di Pulau Perhentian. Kali ini kami datang dengan 2 bas, satu naik di Terminal LRT Gombak dan satu lagi naik di Pusat latihan PRIBUMI di Kinrara. Akak tentulah pilih stesen kedua dekat sangat dengan rumah, Alhamdulillah.


Bas dua tingkat telahpun sampai ke Kinrara...
Syukur bas cantik dan selesa.
Semuapun sampai tepat pada masanya.
Kami pilih tingkat atas ikut permintaan kawan-kawan...
Ikut akak nak pilih tingkat bawah...
Singgah di RnR mana entah tapi sangat selesa dan luas.
Gambar beramai-ramai kami yang pertama selepas menunaikan solat subuh di masjid berdekatan jeti... 
Misi bergambarpun bermula....
Lagi dan lagi.. 
Inilah masjid yang berhampiran jeti Kuala Besut.
Ingatkan dah sampai rupanya tidak.
Masjidni comel sangat...
Pagi hening mendamaikan di kampung sentiasa ku rindui..
Wajib bergambar di mercu tanda Kuala Besut..
Tempatnya berhampiran masjid sahaja... 
Ramai lagi yang tiada dalam gambar...
Mari kita bersarapan menu Pantai Timur sebelum kita ke Pulau Perhentian... 
Kedai ini berhampiran dengan jeti sahaja.
Pagi itu terlalu ramai orang jadi servis agak lambat...
Atau orang KL ni terbiasa nak cepat....
Anak akak kalau balik Perak selalu merunggut lambat kalau di kedai makan.
Nasi dagang menjadi pilihan walaupun sehari sebelum itu akak makan nasi dagang.
Kalau dah sampai ke Trengganu mesti makan nasi dagang.
Menunggu pejabat Perhentian Island dibuka..
Oleh kerana kami satu rombongan besar tentulah satu feri tidak mencukupi...
Masa kami sampai ke jeti tidak banyak kedai dibuka tapi sempatlah juga akak beli topi..
Sila pakai jaket keselamatan walaupun anda pandai berenang.
Muka gembira walaupun hari bekerja, semuapun lupa sekejap...
Di belakang sana ada satu masjid cantik.
Ahli lelaki bersolat di masjid ini.
Dari resort kami terpaksa naik bot,,,
Sampai jeti nampak pemandangan yang indah ini...
Air yang sangat jernih dan rasa tak sabar nak terjun...

SELAMAT DATANG PERHENTIAN ISLAND RESORT....
Nampak topi yang akak beli barulah ngam dengan kawan-kawan..


Mari kita mendaftar sebelum boleh check in...
Yang bagusnya sudahlah pergi ditaja dapat goodies lagi...
Ini memang terbaik, terima kasih PRIBUMI... 
Tidak sabar untuk beraktiviti bersama semua....

Comments

  1. bestnya.. lama xde team building macam ni huhuhu

    ReplyDelete
  2. Terengganu memang best to visit. Pulau Perhentian is a must!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts