Aktiviti Pertama Hari Pertama ~ Snorkeling
Mari ikut akak dan kawan-kawan pergi ke tempat yang menarik untuk snorkeling. Bot yang kami naik memang sangat laju rasa macam nak terkeluar isi perut. Tapi akak buat cooljer dalam hati Allah sahaja yang tahu.
Oleh kerana kami ramai banyak juga bot digunakan untuk menangkut kami. Minta maaflah tak ingat nama tempat yang dikunjungi sebab leka sangat dengan keindahan alam semulajadi...
Akak memang tak pandai berselfie...Mereka ada di mana-mana..
Sampai tak larat nak tengok lagi...
Di sini kurang best sebab landai sahaja...
Akak tak sempat nak turun sebab ada hal kerja yang kena diuruskan, hari jumaatkan...
Jadinya sekadar menjejakkan kaki di pantai yang bersih ini...
Ramai juga yang datang ke pantai ini...
Pergi ke destinasi kedua pula...
Bergambar dulu sebelum turun ke laut...
Di sini memang best air dia punya jernih dan ikan punyalah banyak...
Sudahtu...Mari.... mari... kita turun bagi ikan makan....
Memang seronok sangat kome...
Hasrat hati nak bawak keluarga datang ke sini atau Redang..
Plan punyalah lama tapi tidak kesampaian lagi...
Kalau nak puas berendam kenalah datang lagi...
Destinasi terakhir bot tinggalkan kami di depan resort...
Pandai-pandailah korang berenang balik...
Tapi akak malas nak turun....
Tempat terakhir snorkeling di hadapan resort...
Di sini kalau ada rezeki katanya ada penyu tau...
Berakhir aktiviti snorkeling sempatlah lagi akak mandi santai tepi pantai...
Bersembang dalam air terasa nikmatnya...
Air di sini pula tidak terlampau sejuk dan pasirpun lembut...
Alahai rasa tak nak naik tapi malam ada lagi satu aktiviti dijalankan..
Jadi moh kita mandi dalam bilik dan bersedia untuk aktiviti rohani pula..
Wahh bestnya snorkeling. teringin tapi aquaphobia lak.huhu
ReplyDelete