Proses Membuat Kad Pengenalan Kanak-kanak 12 tahun
Tanda kenangan Atikah yang dah masuk ke alam remaja ku hadiahkan entri ini... Setiap kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan bertaraf warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan kad pengenalannya [Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007)]. Tempoh mendaftar adalah 30 hari daripada genap 12 tahun usianya. Kalau terlewat akan dikenakan bayaran proses tapi kalau dalam tempoh bayaran adalah PERCUMA.
Syarat Pemohonan :- (dibawah dapat dari laman web JPN)
1. Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
2. Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur
2.1. Ibu atau Bapa; atau
2.2. Penjaga (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
3. Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
4. Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.
5. Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
Penganjur tu adalah ibu atau bapa atau penjaga. Salah seorang dapat hadirpun sudah mencukupi, tidak perlulah membawa rombongan cik Kiah ke JPN.
Akak memilih JPN Putrajaya untuk membuat kad pengenalan Atikah kerana sudah terbiasa. Kalau pernah baca blog akak sebelum ini, akak telah kehilangan kad pengenalan sebanyak 3 kali kerana dompet atau beg tangan dicuri. Selalunya kad pengenalan akan siap dalam masa sehari sahaja. Namun kali ini disebabkan kami sampai agak lewat maka kad pengenalan hanya siap keesokan harinya.
Ramai yang memilih untuk ke JPN yang terdapat di UTC kerana masa operasi yang panjang. Jadi terpulanglah mana yang memudahkan.. Kami pergi 3 beranak dan membawa segala dokumen asal takut nanti diperlukan.
Dokumen yang diperlukan :- (bawah dari laman web JPN)
1. DOKUMEN PEMOHON (ASAL)
1.1. Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara atau Lampiran A (JAKOA).
1.2. Pasport bagi pemohon yang menetap di luar negara.
2. DOKUMEN PENGANJUR (ASAL)
2.1. Kad Pengenalan Penganjur (Ibu Atau Bapa Atau Penjaga)
2.2. Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan, perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
2.3. Pasport negara asal penganjur bagi yang Bukan Warganegara.
Untuk kes Atikah yang ibu bapa adalah penjaga bolehlah di simpulkan sebagai di bawah :-
1) Harijadi Atikah 14/4. Diberi tempoh 30 hari untuk memohon. Kalau terlewat dari 13/5 ada dikenakan bayaran proses kalau tidak permohonan adalah percuma.
2) Yang perlu mengiringi Atikah untuk mendaftar samada akak ataupun suami sudah mencukupi.
3) Dokumen yang diperlukan adalah sijil lahir/surat beranak Atikah dan kad pengenalan orang yang mengiringi sahaja..
Muka teruja untuk mendapatkan kad pengenalan sendiri. Kami membawa segala mak nenek dokumen.
Hanya sijil lahir/surat beranak diperlukan. MyKid boleh simpan elok-elok. Rupa-rupanya sijil lahir/surat beranak yang berwarna putih ini perlu dikemaskini dan ditukar. Untuk ini bayaran sebanyak RM5 dikenakan dan akan diberikan sijil lahir/beranak baharu yang berwarna hijau. Perbezaannya ialah nama di sijil lahir lama tidak diletakkan bin/binti tapi yang baharu diletakkan terus. Saiz yang baharu juga lebih besar dari yang lama. Sijil yang lama tidak dipulangkan boleh terus di simpan.
Sila isi borang permohonan JPN.KP01. Urusan kemaskini dan pertukaran sijil lahir/surat beranak dan juga pendaftaran kad pengenalan dibuat dikaunter yang sama. Sangat cepat dan efisien kakitangan JPN Putrajaya...
Jam hampir 4 petang kaunter memang lenggang.
Sila kemaskan diri sebelum nombor giliran di panggil. Yang ini adik ke kakak yang nak ambil gambar...
Emak yang teruja, menyibuk hendak ambil gambar untuk blog sendiri...
Sila naik ke tingkat bahagian kad pengenalan...
Akak suka JPN Putrajaya sebab ada tempat letak kereta yang tersusun dan tidak jauh. Biarlah jauh sikit sebab Puchong pun ada JPN tapi akak tetap pilih Putrajaya..
Kad pengenalan yang akan di simpan sehingga digantikan dengan gantian kad pengenalan 18 tahun. Semasa ambil kad pengenalan staf JPN pesan, kalau umur mencapai 18 tahun anak kena memohon gantian kad pengenalan. Permohonan kali ini hendaklah dibuat sebelum umur mencapai 25 tahun. Jadi ingat yer..
Kenangan buat ye CZ..
ReplyDeleteAnak2 akak suka sebab dah boleh melawat ke hospital..
Lagi satu bab yg tak best..
Kos utk ketmpt percutian dah sama harga org dewasa😢
Selamat memasuki alam remaja Nurul Atiqah..
selesa sgt2 di putrajaya kan kak...aritu buat mia punye..kami pergi awal pagi...tak silap pukul 8.30..ehh pukul 9.30 dah settle semua...cepat betul servisnyer....
ReplyDeletepernah jugak pergi JPN putrajaya masa tukar ic yang ada chip :D
ReplyDeleteBerapa biaya yg perlu di bayar dalam pembikinan Ic umur 12th ini?
ReplyDeleteMaklum keuangan dah mengering ni
boleh ke saya mendapat ic diputrajaya?
ReplyDeleteSalam. Ic saya sudah siap. Boleh ke hantar wakil tolong ambil kan.. @ kena tuan sendiri ambil?
ReplyDeleteSaya nak minta bantuan Saya dah lama duduk Malaysia dah tak ada surat beranak
ReplyDeleteKalau umur 21 tahun tapi ada surat lahir@surat beranak original warganegara Malaysia masih bole daftar buat kad pengenalan ka
ReplyDelete