Idea Menu buka puasa dan sahur

Untuk simpanan dan bakal jadi rujukan untuk diri sendiri di Ramadan yang akan datang... Tanyalah emak-emak yang sediakan makanan punyalah payah nak memikir apalah yang hendak di masakkan untuk keluarga tersayang.. Untuk sahur selalunya sebelum tidur sudah difikirkan... Kita mulakan dengan 5 hari berpuasa terlebih dahulu... 

Kenangan bersahur Dik Ya masa berumur 11 tahun

Sahur 1
Nasi goreng cili kering
Ayam goreng kunyit ada bawang dan cili padi potong
Telur mata kerbau
Telur separuh masak untuk aku
Susu dan teh 0

Bihun Singapura yang umph...

Berbuka 1
Nasi putih
Sup ayam dan kentang karot
Sambal ikan bilis kering
Tauhu goreng dan sambal kicap pedas
Bihun Singapura
Air sirap dan air lemon
Agar-agar merah menyala
Buah jambu batu

Sahur 2
Nasi goreng cili merah tumbuk
Sambal ikan bilis berbuka masih ada
Cucur manis Adabi
Teh O dan susu  

Nasi goreng kegemaran anak-anak dan cucur manis Adabi

Berbuka 2
Nasi lemak dan sambal ikan bilis
Sambal sotong dan udang
Telur rebus dan timun
Puding roti kukus
Air Nabeez
Buah jambu batu
Beli
- Mi rebus jumpa Pak Nil
- Putu bambu World
- Air tebu
Jumpa Aznil Nawawi di Pasar Ramadan Bandar Kinrara

Sahur 3
Nasi putih
Telur mata kicap
Karipap
Teh 0
(bangun lambat ambik kau... 

Berbuka 3
Balik kampung jadi banyak makanannya)
Pucuk ubi masak lemak
ikan terubuk goreng dan air asam
ayam goreng
sayur park choy rebus dan sos tiram dan bawang putih goreng
rendang ayam
kuih tradisional orang melayu yang banyak....
- kuih pelita
- kuih koci
- kuih kole kacang
- karipap pusing
buah tembikai dan betik...
Lauk pauk bukan dari air tangan emak, dia dah tak kuasa nak memasak...
Nasib adik dan adik ipar rajin memasak, jadi kakak sulung tak payah tunjuk pakar sangat.... 

Sahur 4 
Lauk semalam yang di panaskan...

Berbuka 4
Balik dari kampung jadi tidak memasak... Beli dari R&R Ulu Bernam
Pau Yik Mun 
Mi Kari dari gerai D'Famous Zul Mee Kari
Nasi lemak secopot dan  bubur nasi dari gerai yang sama
Drive Thru McDonald beli kegemaran anak-anak

Ibu dan ayah makan mi kari...
Anak-anak memilih McDonald...

Sahur 5
Nasi putih
Sambal sardin
Ikan bilis kicap
Wrap tortilla telur hancur dan meatloaf dan timun tomato
Makan nasi bertambah-tambah dengan ikan bilis kicap
Gambar diambil selepas habis bersahur sebab baru teringat...

Berbuka 5
Puding kastard jagung
Ayam masak lemak cili padi
Ikan masin bersambal
Ikan kembung goreng tepung 
Sambal kicap pedas
Cendawan enoki sos tiram
Air mangga
Beli di Puncak Kinrara... 
- mi bandung
- Puding karamel
- Pulut panggang Trengganu
Terima kasih Allah atas Rahmat kasih sayangMu... 


Inilah barisan makanan kita untuk 5 hari berpuasa tahun ini.. Moga ada idea untuk yang mencari menu bersesuaian.. Akakpun mula rasa tercari-cari apalah aku nak masak harini.. Jadi tunggu dan lihat kalau rajin berterusan... kot idak ke Pasar Ramadanjerler... 

Comments

Post a Comment

Popular Posts