Balik Kampung Mac cuti sekolah

Blog ini merupakan catatan kenangan yang lebih berharga dari catatan di facebook... Apabila aku rindu dengan kenangan masa anak kecil-kecil blog sendirilah dicari... Anak-anak juga seronok membaca kisah mereka kecil-kecil walaupun merungut "ibu !!! gambar inipun ibu nak letak, janganlah cerita yang ini".. tapi selalunya mereka ketawa sendiri..

Gambar di bawah sebahagian kenangan semasa balik kampung semasa cuti sekolah di bulan Mac yang lepas. Lama dah tapi tetap memori indah untuk kami sekeluarga.. Maalumlah adik beradik akak jarang dapat berkumpul bersama. Cuti kali inipun adik akak yang tinggal di Bukit Jelutong tidak dapat balik kerana cuti sekolah anak-anak dia tidak sama. 
 Akak balik petang sabtu sebab anak-anak ada tuisyen di sekolah agama. 
Kelas habis pukul 5.30 petang dan pesan sembahyang asar terlebih dahulu... 
Jadinya dalam pukul 6.00 petang juga kami bertolak dari Bandar Kinrara...
Azalia melayan dua orang sepupu kecilnya... 
Ingatkan Space Park Angsana Ipoh dah bukak...
Rupanya belum lagi, jadilah bergambar dengan bendatu.. 
Sarapan pagi di Mc Donald Sri Iskandar dalam perjalanan dari Ipoh ke Bota... 
Atikah pulak melayan kerenah sepupu kecilnya.. 
Rasa Korea... Ayam Haseyo @ Domino's Pizza... 
Akak suka, anak-anakpun suka... 
Churos orang kampung...
Rasa sedap tiada kurangnya.. 
Mari makan miang kham.. 
Resipi dalam entri sebelum ini..
RESIPI MIANG KHAM CITARASA THAILAND
Wrapper satay ayam yang menyelerakan..
Resipi di entri sebelum ini juga... 
RESIPI SATAY WRAP TORTILLA YANG SEDAP BANGAT





Comments

Post a Comment

Popular Posts