Makan-makan harijadi Atikah Mios Kitchen BK5 Kinrara

Rupanya Mios Kitchenni viral juga di internet.. Kitani dah tau tentang kedai makanan hidangan barat ini semenjak Mios ni adalah kedai roti dan kek... Kalau harijadi anak akak buat disekolah selalunya tempah kek di sini... Sebab akak nak kek yang tidak tinggi supaya senang nak dipotong tapi ramai boleh makan... Dulu akak order dengan kak Pah tapi sekarangni anak-anak Kak Pah sudah jadi tokei kedai...

Daripada kedai kek dan roti di Medan Selera BK4, Mios ada menjual makanan barat di pasar Ramadhan BK5... Kemonler susah kot nak dapat 'western food' di Pasar Ramadhan hatta di pasar malam... Jadi memang selalulah singgah akak ke sini... Lepastu bila dia  kembangkan bisnis makanan baratnya di kedai yang sama Medan Selera BK4.. Sambutan orang semasa di situ memang amat menggalakkan ... Medan Selera yang sepi sebelum ini meriah dengan kehadiran ramai orang...

Kini MIOS membuka satu lagi cawangan di BK5, tempat yang lebih selesa dan nyaman... MIOS sebenarnya ada cawangan lain lagi.. semoga perniagaan mereka akan terus berkembang dan yang penting jagalah kualiti sebagaimana yang akak kenal dari dulu-dulu... 
Muka budak yang harijadi..
Harini dia harijadi ada tuisyen pagi dan petang.. 
Nasiblah jadi budak darjah 6...
Atikah kalau ambil gambar...
Atikah juga yang ambil gambar... 
Amboi selalu kalau kat kedai Medan Selera mintak air kedondong asam boi...
Kat sini mintak coconut shake dan manggo shake... 
Striploin steak rasanya... 
Selalu kami mintak tukar whipped potato dengan fries...
Ramen bebola daging pedas...
Anak-anak memang suka tapi yang cendawan ngan seaweed ibu kena makan...

ALAMAT :-
29b, Jalan BK 5a/2, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor

Ini bukti kedai lama MIOS Kitchen iaitu Kafe & Bakeri...
Kedai di medan selera ini hanya ada makanan barat sahaja sudah tiada kek dan roti... 

Masih menanti kedai makan untuk sarapan yang best di Kinrara..  Semoga tercapailah impian akak untuk bersarapan yang sedap-sedap di Kinrara... Yang ada sekarangni kedai mamak, di Medan selera ini nasiblah ada kedai makanan Kelantan yang jual nasi kerabu bagai dan juga kedai di Masjid Al-Ehsan yang ada nasi dagang.. Masalahnya suami kurang mengemari makanan pantai timurni.. Selain dari pilihan di atas hanyalah si penjual tepi jalan yang seakan sama menunya... Nak cari nasi lemak sedappun punyalah payah.. Kau kecoh apahal masaklah sendirikan.. ha..ha... ... 

Comments

Popular Posts