Perbezaan taman tema air Bayou Lagoon vs Gold Coast Melaka
Entri terakhir akak kisah di Melaka membandingkan antara taman tema air dai Bayou Lagoon dan juga Gold Coast Melaka... Hanya seronok-seronok dan entri ini hanya untuk rujukan semata-mata.. mungkin ada antara kita berbeza pendapat kerana sesungguhnya yang baik datang dariNya dan yang buruk itu adalah kelemahan akak...
Gambar kenangan ... entah kenapalah akak boleh beli gambarni..
Bukanlah cantik sangatpun tapi sebab kurang gambar bertiga.. belipun belilah...
Bukanlah cantik sangatpun tapi sebab kurang gambar bertiga.. belipun belilah...
1) HARGA DAN WAKTU OPERASI
TAMAN TEMA AIR BAYOU LAGOON
Entrance Fee
Weekday
Adult : RM22.00
Children : RM16.00
Senior Citizen: RM11.00
(55 years old and above)
Weekend, School & Public holiday
Adult :RM28.00
Children : RM20.00
Senior Citizen : RM14.00
Admission is FREE
for children under 3 feet tall
Operation Hours | |
---|---|
Weekday | 9am-7pm |
Weekend, Public and School Holiday | 8am-7pm |
Bayou Lagoon Water Park close on every Tuesday except Malacca State holidays, School and Malaysia Public holidays.
Swimming pool remains open daily for in-house guest.
Swimming pool remains open daily for in-house guest.
TAMAN TEMA AIR GOLD COAST MELAKA
KESIMPULAN :-
Harga ada sedikit perbezaan yer... kalau dikirakan harga untuk masuk ke Bayou Lagoon lebih murah dari masuk ke Gold Coast. Mungkin itu memberikan sedikit kelebihan. Namun sudah pastilah harga itu sudah mengambil kira semua faktor dari kedua belah pihak.. Yang pasti juga kalau kita menginap di hotel sudah pastilah ada pas masuk percuma diberikan...
Kelebihan Gold Coast adalah taman tema airnya di buka di waktu malam... Bolehlah kita sekeluarga berendam sebelum tidur, ada juga aktiviti sebab hotel ini agak jauh dari bandar.. Lagi satu emak-emak bolehlah berjakuzi... MENARIKKAN....
2) KOLAM DAN AKTIVITI
TAMAN TEMA AIR BAYOU LAGOON
Inilah keadaan kolam yang ada di Bayou Lagoon.. Pada akak kawasannya bukanlah sebesar yang akak bayangkan, tapi cukuplah untuk melekakan anak-anak dengan aktiviti main air.... Ehm tidak dinafikan ada juga gelungsur di sini macam agak laju turunnya dan terus jatuh dalam air dalam keadaan tidak bersedia, jenuh air masuk hidung... ha... ha.. akakler tu... rasa macam bahayajer padahal akak biasa juga main di taman tema airni... (susah nak explain camner)
KESIMPULAN : Setkan diminda taman tema air dia bukanlah taman tema sangatpun hanyalah kolam renang tapi ada sedikit tambahan kolam lain yang ada permainan.. bukanlah besar sangatpun tapi cukup untuk menghiburkan hati anak-anak... Namun kalau anak sudah besar sedikit payah untuk gembira kerana tiada permainan ekstrem untuk mereka cuba.. Lagi satu dalam gambar di atas hujung sekalitu ada kereta langgar, kosnya tidak termasuk di dalam tiket tersebut...
Inilah keadaan kolam yang ada di Bayou Lagoon.. Pada akak kawasannya bukanlah sebesar yang akak bayangkan, tapi cukuplah untuk melekakan anak-anak dengan aktiviti main air.... Ehm tidak dinafikan ada juga gelungsur di sini macam agak laju turunnya dan terus jatuh dalam air dalam keadaan tidak bersedia, jenuh air masuk hidung... ha... ha.. akakler tu... rasa macam bahayajer padahal akak biasa juga main di taman tema airni... (susah nak explain camner)
KESIMPULAN : Setkan diminda taman tema air dia bukanlah taman tema sangatpun hanyalah kolam renang tapi ada sedikit tambahan kolam lain yang ada permainan.. bukanlah besar sangatpun tapi cukup untuk menghiburkan hati anak-anak... Namun kalau anak sudah besar sedikit payah untuk gembira kerana tiada permainan ekstrem untuk mereka cuba.. Lagi satu dalam gambar di atas hujung sekalitu ada kereta langgar, kosnya tidak termasuk di dalam tiket tersebut...
TAMAN TEMA AIR GOLD COAST MELAKA
Ini pula gambaran kolam di Gold Coast... Pada akak kawasannya juga kecil namun kolam dia lebih nampak bersemangat...
KESIMPULAN : - Oleh kerana taman tema ini lebih baharu dari di Bayou Lagoon (akak rasalah) tempat ini lebih cantik dan ada juga aktiviti seperti tembakan buih sabun. Ada juga aktiviti bermain ombak di sini... Anak akak suka sebab ada kolam yang lebih dalam untuk mereka berenang dan juga boleh disewa pelampung untuk bersantai..
3) Kemudahan
TAMAN TEMA AIR BAYOU LAGOON
a) Tuala ~ Tidak boleh bawa tuala dari bilik katanya.. tapi tengok ramaijer yang bawak...
b) Makanan ~ Ada dijual di sini, tapi bukanlah makanan beratpun...
c) Loker ~ Terdapat loker untuk menyimpan barang harga tidak ingat, tapi yang tidak bestnya pakai token kalau dah buka untuk ambil barang habis masa... cam mahaljer...
d) Pelampung ~Entahler akak tak nampakpun masa pergitu, ramai yang bawa pelampung sendiri...
TAMAN TEMA AIR GOLD COAST MELAKA
a) Tuala ~ Tiada sewa tuala jadi mungkin boleh bawa dari luar...
b) Makanan ~ Akak tidak nampak ada jualan makanan di sini... mungkin kami pergi hari biasa bukan hari minggu...
c) Loker ~ Akak nampak ada tapi tidak menggunakannya sebab kali ini akak malas terjun sekali...
d) Pelampung ~ Boleh disewa pelampung di sini.. harga rasanya macam biasa...
Sebelum lupa nak bagi tau yang di kedua-dua taman tema air ini boleh sahaja tidak memakai pakaian khas untuk berenang. Namun harus diingat kalau pakai seluar biasa misalnya pergerakan di gelungsur tidak selancar yang berpakaian renang.. Lagi satu semasa masuk tidaklah beg kita diperiksa macam di setengah2 tempat rekreasi air yang lain. Mungkin ini menjadi satu kelebihan kepada yang tidak suka berpakaian renang dan lebih seronok menyediakan makanan sendiri untuk keluarga...
KESIMPULAN :-
Sebagai penghuni hotel rasanya kemudahan ini memang amat membantu kita mengembirakan hati anak-anak. Namun kalau tujuan utama hanya ingin merasai keseronokan ditaman tema air di sini adalah tidak berbaloi untuk kita memandu beratus km.. Ini kerana misalnya taman tema air di Wetland Shah Alam yang harganya lebih kurang sama namun kemudahannya mungkin lebih dari di dua tempat ini.
Sebaliknya kalau kita pergi ke Melaka dan ingin tinggal jauh dari bandar Melaka bolehlah memilih salah satu hotel tersebut. Hotel di sini juga dekat dengan kawasan Ayer Keroh yang tidak kurang banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Tidak usah takut pasal kedai makan kerana terdapat pelbagai pilihan kedai untuk disinggahi.. Melaka memang best, DON'T MESS WITH MELAKA... Pasti akan aku datang lagi tapi kali ini kami hendak menginap di Bandaraya Bersejarah Melaka... Insyaallah, dengan izin Mu juga...
tu la ada tgk yg gold coast melaka ada jakuzi...yela tmpt br sure lg menarik kn...nk2 plak ank2 kalo nmpk air mmg suka la kn
ReplyDeletesaya pun tak pernah masuk dua2 tempat ni kak cho..hehe
ReplyDeleteBayou Lagoon tu pernah pergi masa mula-mula buka. Masa tu bestlah sebab semua pun baru. Tapi kakak saya pergi second time lepas tu katanya biasa-biasa aje. Gold Coast tu dua-dua di Morib dan Melaka saya tak pernah sampai lagi. Belum ada terniat pula nak pergi ke sana, Cho.
ReplyDeleteMaznee ni memang duduk kawasan shah alam
ReplyDeleteNampaknya tak jadilah pergi taman tema air kat melaka
sebab nampak simple je kan
tq atas pemcerahan....sy dh pegi bayou lagoon gold coast melaka belum lg...dr info ni nmpaklah gambaran nya..tq kak...
ReplyDeleteDg harga hotel bawah rm200 (Trivagi) betbaloi la dpt kolam yg ada glongsor. Klau nk main air je pun harga kira ok la dg kemudahan yg disediakan..x leh nak banding dg wetwold s. Alam la sbb harga jauh beza pun. Klau nk bawa anak2 sekolah rendah kira ok la.. Senang pantau sbb dari mana pun bolh nampk diorg. Semua ada kelebihan masing2
ReplyDelete