Kinrara Oval di Kuala Lumpur 2017

Ini cerita Sukan Sea ke 29 yang lepas... Akak yang sudah menetap di Kinrara selama 10 tahun belum pernah lagi masuk ke Kinrara Oval ini. Dikesempatan Sukan Sea 29 Kuala Lumpur 2017 maka terealisasilah sebuah impian...ha..ha.. impian... betul impian sebabnya selalu nampak cahaya lampu bergemerlapan kalau ada sesuatu permainan.. Hendak pergi rasa malu pulak, bukannya akak pahampun peraturan permainannya... 

Namun disebabkan Sukan Sea tidaklah malu sangat belasahjer masuk sebab siang hari dan ada pasukan perempuan yang main. Tiketpun bukannya berbayar jadi apa nak kira paham tak paham buat-buat paham... Orang tepuk tangan kitapun tepuk tangan... Jadi gambar di bawah hanyalah sekadar gambar untuk suka-suka dan kenangan ... 
Cantik cuaca hari itu... 
Misi menawan Kinrara Oval dengan dik Ya... 
Selalu tengok dari luarjer... 
Kafe tapi macam untuk pemainjer... entahler... 
Baru nak mula...
Singapura lawan Indonesia... 
Boleh mesin kutip sampah rasanya buat kerja masa permainan berjalan...
Masa ini Malaysia lawan Indonesia... 
Malaysia vs Indonesia... 
Pemukulnya Malaysia yang baling Indonesia... 
Tu dia pintu masuk ke stadium...
Ada pemeriksaan oleh Polis dengan menggunakan alat pengesan ... 
Untuk perlawanan ini tidak ramai yang datang... 
Tetapi akak datang masa Malaysia main, syukur ramai yang memberikan sokongan...
Penat juga nak berjalan dari pintu masuk...
Tahniah kerana menyediakan kemudahan surau untuk muslimin dan muslimat..
Selesai misi kami merasai sedikit kehangatan Sukan Sea...

Nasiblah entri ini keluar sebelum 9th Asean Para Games. Rasanya lepasni teringin nak pergi ke Bukit Jalil pula memberikan sokongan terutama untuk acara larian... Insyaallah... 

Comments

  1. takpelah kak, at least dapat jugak tempias kehangatan sukan sea kan. hehe

    ReplyDelete
  2. Wah minat sukan ye awak rupanya.... Sanggup berjalan lagi! Bagus! Bagi semangat pada pemain negara kita.

    ReplyDelete
  3. Best kak! pegi la Stadium pula nanti. Jangan lupa download aps sukan sea tau. Derang update kat situ jer semua schedule. Hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts