Inilah Kuala Lumpur
Ini gambar masa akak jalan-jalan di Kuala Lumpur.. ha.ha.. tapi bukanlah seluruh KLpun... Sebenarnya akak pergi ke Bursa Malaysia untuk menambah sedikit ilmu... Jadi paling mudah naik LRT dari Bandar Kinrara dan dapatlah menikmati keindahan KL macam pelancong asing... kuang.. kuang. Memang lain tau kalau kita naik kereta berbanding kita jalan kaki... rasa melancong sangat...
Ada lukisan sebegini comel menceriakan bandaraya ini...
Ada juga kartun sebegini rupanya....
Lain kali kita singgah Muzium Telekom yer...
Ada telefon gergasi di Muzium Telekom....
Teringat telefon sebegini masa akak kecik-kecik dulu...
Kena dail nombor dan pusing...
Isyh payah sungguh....
Hello is't me you looking for..
Memang orang kayajer yang ada telipon...
Dulu kami berlari kerumah jiran kalau ada panggilan dari tok saudara di Kuala Lumpur...
Antara 'wish list' akak nak naik KL HIP ON HOP OFF...
Ini sessi mencari ilmu...
Bursa Malaysia Bukit Kewangan...
Bangunan Bursa Malaysia memang cantik...
zaman berlalu dengan cepat
ReplyDelete