Majlis Merisik dan Bertunang Nadya Azman

Selepas menghadiri majlis-perkahwinan di Seksyen 8 Shah Alam hasrat dihati nak memenuhi jemputan majlis perkahwinan di Seksyen 20, Shah Alam tapi tak kesampaian.
Kami dah sampaipun dan kebetulan rombongan pihak lelakipun sampai 
dan dah nampakpun pengantin tapi tak boleh nak menyinggah. 
Masalah pertama ialah tempat letak kereta yang terhad
dan keduanya kami nak berkejar ke majlis yang menjadi keutamaan kami...
Majlis Merisik dan Bertunang cucu Ahmat dan Fatimah iaitu Cik Nadya
sepupu kepada suami akak.
Cik Nadyani feberet anak-anak buah perempuan tau sebabnya hobi dia 
mekapkan budak-budakni.

Majlis berlangsung pada 01-09-2013 di Seksyen 9, Shah Alam..
Paling bagusnya ialah bakal tunang Cik Nadya adalah jiran setaman...
Rumahnya hanya di barisan belakang rumah sahaja..
Jom tengok bukti menerusi gambar di bawah.. 
Kedatangan rombongan pihak lelaki dari lorong belakang....
Senangkan tak payah jauh-jauh, jalan kakipun sampai... 
Tukang angkat dulang berbaju sedondon...
Hantaran dari pihak lelaki serba emas...
Hantaran dari pihak perempuan serba biru... 
Walaupun jiran tapi kedatangan rombongan pihak lelaki tetap di sambut dengan adat...
Sepupu yang sibuk cari port amek gambar... 
Pak Long yang berbaju melayu hijau wakil pihak perempuan sedang menyusun pantun...
Akhirnya Putih-putih melati juga yang menjadi taruhan...
Masing-masing khusuk mendengar butir bicara dari kedua belah pihak...
Cik Nadya menadah tangan memohon agar Allah merahmati perhubungan mereka...
Kak Zila juga doakan semoga hubungan yang terjalin akan kekal hingga ke syurga..
AMIN.. AMIN... AMIN....  

Cabaran majlis Cik Nadyani agak banyak sebenarnya, sehari sebelum dengan masalah air melanda sesetengah kawasan di Selangor. Sehari sebelumtu kami datang menghantar mertua ke sana mak Usu dah risau pasal dia tak simpan air yang banyak.. nak kenduri pulaktu memang haru kalau tak der airkan... Nasiblah awal pagi hari majlis berlangsung air kembali seperti sedia kala.

Cabaran keduanya pulak adik dia sepatutnya dimasukkan ke wad kerana di dapati ada masalah kuman di dalam perut, berdegil juga nak menyaksikan majlis kakaknya dulu... 

Cabaran yang tidak kurang hebatnya ialah hujan yang sangat lebat pada hari itu.. Sebaik rombongan pihak lelaki sampai hujan terus turun mencurah-curah.. hujan rezeki namanyertu... Jadi agak payah sikitlah tetamu menjamu selera, nasiblah keluarga kami dah makan terlebih dahulu sebab majlis ini bermula pada pukul 2.30 petang. Ha... ha.. .perut dah kenyangkan tak kata apa-apalah... 

Cabaran yang mungkin dah menjadi biasa ialah selepas majlis selesai tunangan cik Nadya akan balik ke Indonesia kerana berkerja di sana. Moga Nadya dan Azri mampu mengharungi tempoh bertunang ini dan akhirnya di satukan menjadi suami dan isteri.. Azri, ingat pesan Pak Lang tu " U tu dah berpunya tau"...

Akhirnya tentulah majlisni terasa kekurangannya sebab nenek Fatimah masih ditahan di wad Hospital UiTM Sungai Buluh.. Cucunya kata cam gini " nenek takderpun macam dengar suaranya".. maksudnya nenek memang penuh dengan arahan dan perintah untuk dilakukan terutama dalam majlis yang dihadiri oleh ramai orang.. Nenek dahpun balik ke rumah, moga nenek terus diberikan kesihatan yang baik... 
Masani hujan lagi tau, tu yang ramai dalam rumah lagi... 
Adik Ya yang sangat comot haritu, kain habis basah... 

Comments

  1. bestnya kawin ngan orang dekat2.. senang nak balik beraya.. hehehe..

    tahniah pada pasangan pengantin..

    ReplyDelete
  2. saya memang suka majlis camni... suka sangat amik gambar hantaran dengan pelamin

    ReplyDelete
  3. senangkan..kty ngn along rumah kitaorg pun dekat ..rumah mak kty belah dpn..rumah fmly inlaw..blkg umah kty ..tu yg raya tak gaduh balik mana semua pun satu taman.. jer

    ReplyDelete
  4. Meriah jugak bertunang cik nadya ni.
    Bila akak kata cucu terdengar suara nenek fatimah, saya teringat jugak kat arwah mak saya. Masa kenduri saya kawen dulu dia la paling risau tapi dia hanya mampu duduk statik je kat kerusi.

    ReplyDelete
  5. meriah majlisnya. bila agaknya majlis nikah ni kak cho?

    ReplyDelete
  6. meriah majlisnyer tunang cik nadya ni...cantk tema bajunyer tu...
    selamat bertunang untuk cik nadya yek...

    ReplyDelete
  7. meriah majlis tu yee...
    senangkan jodoh setaman ni yee...dekatkan...

    ReplyDelete
  8. Sana-sini musim org tunang dan kawen kan Zila...

    ReplyDelete
  9. Alahai dekatnya...main lalu2 blakang umh jer...jimat minyak..! bgos betul la...sok naik pelamin je...bole sekali harung...hehe...

    cntik gubahan!

    ReplyDelete
  10. Tahniah buat mereka..:)
    memang susah kalo hari kenduri x de air. rumah zura air tak putus cuma perlahan jer.. bilik air atas memang air x naik. huhuhuhu

    ReplyDelete
  11. Tahniah dan Selamat Bertunang :)

    Dugaan tu ada hikmahnya :D

    ReplyDelete
  12. Selamat bertunang buat mereka. Senang jer dok setaman kan.

    ReplyDelete
  13. Berapa lama tempoh bertunang tu CH...
    Cantik warna baju bakal pengantin tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts