Seminggu Berpuasa

Seminggu sudah kita berpuasa....
Syukur dapat berkunjung ke blog kawan-kawan semalam...
Ramai yang bercerita kisah puasa, kisah beli baju raya, kisah masak-masak berbuka dan bersahur...
Baru tujuh hari puasa dah runsing apalah hendak di masak untuk berbuka petang ini...
Singgah Pasar Ramadhan sekarangni kurang rasa seronoknya...
Pasar Ramadhan di Bandar Kinrara telah menjadi sempit...
Tempat biasa Pasar Ramadhan kini dalam proses pembinaan bangunan rumah kedai...
Hari minggutu kami pergi rasa sungguh tidak selesa...
Mana gerai yang agak femes terpaksalah beratur panjang...
Dengan cuaca yang panas memang sungguh azab rasanya untuk singgah lagi...

Syukurlah juga di kawasan rumah akakni ramaijer yang berniaga di kawasan biasa...
Maksudnya tempat yang selalu menjadi tumpuan gerai untuk jual sarapan dan minum petang...
Lagi seronoknya di sini kebanyakan peniaga kita sudah biasa atau pernah membeli dari mereka...
Konsep akak belipun beli, masakpun masak juga...
Budak dua orangni masa ibu dia masak sibuk nak juga pergi membeli...

Malam pulak pergi ke surau berdekatan untuk terawih...
Hendak ke masjid malas pulak hendak menaiki kenderaan..
Ini senang boleh jalan kaki sahaja...
Anak-anak akak suka juga mengikut sebab balik nanti dapat 'tapau' makanan moreh...
Ada benda yang akak nak kongsikan pasal sembahyang terawihni...
Kisah anak-anak kecil yang pergi ke surau...
Kepada ibu bapa tolonglah pantau sedikit kelakuan anak-anak ini...
Memang tidak kusyuk dibuatnya dengan suara mereka yang nyaring-nyaring bersenda gurau...
Yang peliknya boleh pulak suara yang bersembangtu menyambut Amin selepas Al-Fatihah....
Lagi satu kepada ibu yang membawa anak kecil ke surau...
Ada yang menangis, ada yang berlari dari hujung sini ke hujung sana...
Kita tengah sujud nampak makhluk melintas...
Isyh sabarlah wahai hatikan...
AJK Masjid menegur dikatanya pulak tidak membenarkan dia solat..
Serba salah dibuatnya...

Kisah beli baju raya pulak, akak memang langsung tidak membuat persiapan...
Untuk akak sendiri memang selalunya asal ada...
Yang peliknya untuk dua orang budaknipun akak tidak beria sangat...
Lagi satu kalau nak membeli baju kena ada diaorang tak macam dulu boleh beli kalau terjumpa...
Maalumler bila dah besar sikitni ada citarasa sendiri...
Kalau kita beli tapi diaorang tidak suka pakai memang menyakitkan hati...
Jadi untuk elak pembaziran kalau jumpa nanti adalah baju raya untuk mereka...

Gambar bawah tiada kena mengena dengan luahan rasa di atas...
Cerita lama di IOI Mall Puchong...



SELAMAT BERPUASA SEMUA...

Comments

  1. salams ila.....selamat berpuasa juga:)
    cute mereka bersama chip munck....ehhh betui ke tak ejaan...hiks

    ReplyDelete
  2. Salam 8 Ramadhan, Cho!

    Lama tak tinggal jejak di sini. Entah apa sibuknya tak tahulah. Macam tak cukup masa aje 24-7 tu. Alasan standard *_*

    Saya pun belum buat persiapan raya. Bila dapat tau mungkin akan beraya di KL, lagilah rasa macam malas nak shopping. Tapi bab anak-anak, memang kena belikan juga sebab itulah yang mengwujudkan suasana berhari-raya katanya.

    Banyak juga saya baca kisah sukar emak nak bawa anak-anak kecil solat di masjid. Takut mengganggu orang lain. Saya yang anak dah nak masuk 4 tahun ni pun tak berani nak bawa. Saya jamin anak saya tak akan berkeliaran lari sana-sini, menjerit bagai tapi yang saya tak sanggup sebab saya sendiri tak boleh khusyuk bila anak dok pegang badan kita sebab takut tengok ramai orang...

    ReplyDelete
  3. salam Ramadhan kak..

    memang bab anak kecik ni susah juga ye klu smp ganggu jemaah lain.memang la niat nk ibadat n nk biasakan ank je masjid. tp klu smp mengganggu jadi tak bagus pulak

    ReplyDelete
  4. seeloknya jgn bawa bebudak gi solat terawih . org lain x khusyuk sembahyang . saya dah biasa beli baju time nak dekat raya . lagi happening rasanya ...

    ReplyDelete
  5. bab anak2 buat bising kat surau tuh memang jadik topik panas bulan pose nih.
    betol lah.. kita bukan nak halang anak2 dtg surau. tapi kena jugak ajar anak2 agak tak mengganggu jemaah lain tengah solat kan~

    ReplyDelete
  6. Selamat berpuasa akak..
    Ina x smpt lg up entry puasa..
    Tp puasa kali ni plg bererti..
    Anak teruna si bulu mata lentik tu dh praktis puasa kak..
    Hari ni msk 8 hari dia berjaya puasa penuh..
    Alhamdulillah!! ;,)
    Anak2 dara akak udah makin tggi nengok nye..
    Akak raya mana thn ni?

    ReplyDelete
  7. selamat berpuasa zila...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts