Resort Mesra Kanak-kanak
Mungkin akak kekurangan idea untuk bercerita ...
Dengan kemalasan untuk mengambil gambar bertambahlah kurang cerita akak...
Ini hanya perkongsian menarik dari majalah LIBUR....
Resort Mesra Kanak-Kanak pilihan majalah LIBUR...
Mungkin selepas bulan Ramadan kita boleh merancang percutian sekeluarga...
Jom kita sama-sama baca..
SUMBER :: Majalah Libur November 2014
GAMBAR :::
Ini gambar kami menginap di sini pada bulan Mac yang lepas...
Tahun ini memang bukan tahun akak suka ambil gambar..
Dulu walau macamana akak tidak suka bergambarpun akak mesti gunakan kuasa veto untuk suruh mereka bergambar...
Tapi tahun ini memang sikit sangat gambar yang akak ambil....
Hotel ini memang berbaloi dan sepatutnya menjadi pilihan keluarga...
Turun kebawah sahaja ada tempat membeli belah, kemudahan restoran dan juga taman tema..
Dengan kemalasan untuk mengambil gambar bertambahlah kurang cerita akak...
Ini hanya perkongsian menarik dari majalah LIBUR....
Resort Mesra Kanak-Kanak pilihan majalah LIBUR...
Mungkin selepas bulan Ramadan kita boleh merancang percutian sekeluarga...
Jom kita sama-sama baca..
SUMBER :: Majalah Libur November 2014
MOTIF ::: Manakan tahu boleh bawak anak- anak ke sinikan..
Pengenalan ::
Andai difikirkan mengenai apa yang menjadi perhatian kanak-kanak, tentulah tiga perkara ini yang menjadi perhatian iaitu kolam renang, hidangan makanan mesra kanak-kanak dan hiburan. Justeru itu, kami bawakan empat hotel yang menyediakan ketiga-tiga elemen menarik ini yang boleh anda kunjungi sewaktu cuti persekolahan..
Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa, Kota Kinabalu
Dilengkap dengan kolam renang dan gelongsor air yang 'seakan ' memanggil kanak-kanak untuk bermain air di sini. Resort yang dikelilingi dengan kehijauan alam semula jadi ini pasti menggamit anda dan keluarga utnuk menginap dengan lebih lama. Apatah lagi dengan lokasinya yang berhampiran dengan pantai, pastinya masa untuk beriadah bertemankan dengan alam semula jadi dapat dimanfaatkan dengan baik.
Hotel 'kid's friendly' ini turut menyediakan aktiviti-aktiviti menarik buat anak seawal usia empat hingga 12 tahun pada setiap hari bermula dari jam 10 pagi hingga enam petang. Antara aktiviti yang menarik yang diadakan adalah seperti Make a Puzzle, Fruit Stamping, Limbo Rock, Dugong Storytelling dan Sandcastle Building.
Di hotel ini juga terdapat Cool Zone di mana tetamu dapat menikmati dinding-dinding hasil lukisan tangan yang memaparkan haiwan akuatik dan binatang hanya terdapat di Sabah. Sambil si ibu dan bapa menikmati secangkir kopi, kanak-kanak dapat mengasah kreativiti melukis dan menghasilkan kraf.
Pada setiap hari Jumaat, The Cool Zone akan mengadakan parti bertema untuk kanak-kanak bermula dari jam enam petang hingga 10 malam. Apa yang menarik, kanak-kanak turut boleh membantu para staf untuk melakukan dekorasi sebelum memulakakan parti. Aktiviti dimulakan dengan aktiviti ice-breaking untuk kanak-kanak saling mengenali antara satu sama lain. Pelbagai juaah enak seperti sosej, spaghetti, pizza dan aistrim disediakan bagi memeriahkan suasana.
First World Hotel, Genting Highlands
Buat kanak-kanak, mengunjungi Genting Highlands pastinya menjadi keseronokan yang tidak terhingga. Bermula dari perjalanan menaiki kereta kabel yang mengambil masa kira-kira 15 minit, kanak-kanak pasti tidak bosan untuk berjalan kaki ke ruang inapan dek kerana suasana persekitaran hotel yang sejuk dan dipenuhi banyak aktiviti.
Hotel ini mudah diakses dari Kuala Lumpur menggunakan bas. Ada setengah agen perlancongan menyediakan pakej dengan harga yang istimewa untuk perjalanan pergi dan pulan serta inapan dan permainan di taman tema. Meskipun taman teman 'outdoor' telah ditutup bagi kerja menaik taraf, permainan seperti Rio Float, Reider Cruiser, Mini Train, Busy Bugs, Circus Ride, FunLand, Genting Bowl, Snow World, Vision City & Funtasy World Video Games Park masih dibuka seperti biasa..
Info menarik ::: Untuk mengakses ke tempat yang lebih jauh, anda boleh membawa anak-anak anda mengunjungi Strawberry Farm dan Happy Bee Farm & Insect World. Untuk mendapatkan makanan buat mereka tidak sesekali menjadi masalah kerana terdapat pelbagai seleksi hidangan kanak-kanak yang dijual di sini. Antara restoran yang terkenal ialah Hainan Ekspress dan The Olive
NOTA ::: Kalau ke Genting Highlands memang hotel ini menjadi pilihan hati.. Maalumler turun bawah sahaja sudah ada in door theme park dan yang penting kedai makanan segerapun berlambak di sinikan.. Anak-anak akak memang suka sangat... Walaupun bilik agak kecil mun pilih yang paling murah sekali (masa budakni kecil dulu- sekarang dah kena pilih jenis bilik yang lain) tapi berbaloi sebab tidak lama duduk di bilik.. Kebanyakan masa adalah di taman tema... Yang seronoknya sarapan pagi dia memang banyak pilihan walaupun ramai orang...
Berjaya Times Square
Menikmati hujung minggu tanpa perlu pergi jauh? Maka Berjaya Times Square adalah pilihan yang tepat untuk menceriakan hari bersama anak-anak. Menariknya, hotel ini turut dilengkapi dengan kolam renang di tingkat atas dan taman permainan untuk kanak-kanak . Untuk menikmati kulinari yang enak, Big Apple Restaurant's Kitchens dan Banquet Kitchens di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur dianugerahkan sijil Halal oleh JAKIM.. (Good Point di sini)
Hotel ini turut dilengkapi dengan Taman Tema Indoor yang terbesar di Malaysia ini lengkap dengan pelbagai permainan yang harus dicuba seisi keluarga ialah Botanic Drive, Buddy Go ROund, Crazy Bus, Dizzy, Izzy DNA Mixer, Fantasy Trail, Flying Bumble Bee, Honey Bump, Molly-Cool's Swing, Oart's Express, Robo Crash dan banyak lagi. Selain itu, kanak-kanak pasti teruja untuk menonton filem di Kid's Theatre.
Info Wisata ::: Hotel ini juga mempunyai intregasi bersama dnegan pusat beli-belah, boling dan panggung wayang. Dengan adanya kemudahan monorail berhadapan dengan hotel, pastinya akses ke sekitar bandaraya Kuala Lumpur seperti Aquaria, KLCC, Menara KL dan Muzium Negara menjadi lebih mudah. Mencari tempat makan juga bukanlah menjadi sesuatu yang sukar kerana terdapat puluhan premis dan restoran yang beroperasi berdekatan di sini...
GAMBAR :::
Ini gambar kami menginap di sini pada bulan Mac yang lepas...
Tahun ini memang bukan tahun akak suka ambil gambar..
Dulu walau macamana akak tidak suka bergambarpun akak mesti gunakan kuasa veto untuk suruh mereka bergambar...
Tapi tahun ini memang sikit sangat gambar yang akak ambil....
Hotel ini memang berbaloi dan sepatutnya menjadi pilihan keluarga...
Turun kebawah sahaja ada tempat membeli belah, kemudahan restoran dan juga taman tema..
KSL Hotel & Resort Johor Bahru
Resort dengan persekitaran mesrta keluarga ini mempunyai akses yang mudah ke Dinosaur Water Alive THeme Park dan pusat membeli belah yang terbaik di Johor Bahru. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sauna, panggung wayang MBO dan mini golf (Mission Golf). Untuk kanak-kanak, pastinya mereka akan teruja untuk bermain di kolam renang yang ditempatkan di tingkat atas hotel.
Sambil bermain air, anak-anak pasti teruja untuk melihat replika Dinosaur yagn ditempatkan di Dinosaurs Alive Water Theme Park. Selain memberikan keseronokan, mereka dapat memahami dengan lebih baik bagaimanakah hidupan purba ini hidup dan bergerak pada suatu masa dahulu. Replika ini didatangkan dalam pelbagai saiz. Antara yang mencuri tumpuan ialah Compsognathus yang berukuran 2 kaki dan Brachiosaurus yang berukuran 85 kaki! Sementara itu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba permainan Banana Boat Float dan beberapa permainan yang lain..
Mesti Tahu :: Untuk inapan pula, terdapat beberap kategori bilik yang pasti menepati kehendak mereka yang datang bilangan ahli keluarga yang kecil atau besar. 10 kategori inapan yang ditawarkan oleh KSL Resort bermula dari inapan Superior Room hingga ke Camellia Suite Primier. Buat mereka yang ingin mengakses ke Universal Studio Singapore dan Legoland Malaysia, KSL Hotel turut menyediakan pakej yang istimewa buat keperluan mereka..
NOTA KAKI :::
Hotel pilihan anak akak sekarangni ialah Hotel LEGOLAND... Asyik mengoogle imej Hotel Legoland ... Asyik cakap jomlah ibu kita ke sana... Tak masuk Legolandpun tak per janji tidur hotel Legoland... Sebenarnya akakpun teringin tapi entahlah tahunni memang terasa lemau pulak.. Ambil gambarpun tidak berapa gemar, rancangan untuk bawa anak-anak berjalanpun macam tidak terfikir lagi.. isyh.. isyh...
menarik yg belah KL ni kami tak penah lag dok ...
ReplyDeletebaru plan nak ke KSL jb tuh nnt kalau gie sane..heheh
ReplyDeleteFirst World itu je yang saya pernah menginap. Nantilah tunggu outdoor themepark siap sepenuhnya, bolehlah ke sana lagi. Bab Hotel KSL tu saya pernah baca dan macam menarik-narik minat pulak untuk ke sana. Kalau turun ke JB rasanya memang nak juga mencuba hotel ni.
ReplyDeletesatu lagi..dhe rhu beach resort pon ok utk kanak2
ReplyDelete