Mengamit kenangan di tanah Suci

Sudah hampir 3 bulan akak mengerjakan umrah...
Pastilah itu kenangan yang terindah dalam hidup...
Sentiasa berperasaan untuk ke sana lagi dan lagi...
Masih tidak sempat untuk mengarang kisah umrah akak di blog ini..
Hanya sempat bercerita ziarah akak di Palestin dan Jordan sahaja...

Alangkah seronoknya kalau kita dapat berada di Mekah dan Madinah semasa Ramadhan ini..
Kalau bukan bulan Ramadhanpun sudah terasa indahnya beribadah di sana...
Setiap masa penuh aktiviti yang mendekatkan diri pada Pencipta yang Esa....
Inikan pula kalau kita berada di sana pada bulan Ramadhan yang mulia ini...
Patutlah ramai yang bersungguh-sungguh untuk berada di Tanah suci setiap kali Ramadhan...
Melihat di kaca tv ibadah sembahyang terawih dari Mekahpun membuatkan hati kita sayu...
Bayangkanlah kalau kita sendiri berada di kalangan beribu manusia itu...
Gambar di atas suasana hari khamis di Masjid Nabawi..
Tengok ada beg bekalan makanan yang di bawa oleh mereka...
Selepas azan mereka akan berbuka puasa beramai-ramai...
Selalunya hari khamis ramai yang berpuasa sunat
Memang meriah sekali suasana waktu itu..
Kita yang berada berdekatanpun dapat merasa sedikit...
Hujung minggu Arab Saudi adalah hari khamis dan jumaat...
Jadi suasana di sana umpama pesta kerana ramai yang akan masuk ke Madinah atau Mekah...
Sengajakan nak tunjuk gambar sendiri masa di sana...
Ramai yang beriktikaf di masjid, bersembahyang sunat, sembahyang ganti, membaca al-quran...
Sebenarnya akakpun tidak sangka dapat menjejakkan kaki ke sana...
Syukur kerana dapat merasai pengalaman terindah ini ...
Patutlah dulu arwah opah akan selalu bercerita kisah di sana...
Selalunya kalau kami tidur di rumah opah tentulah cerita di tanah suci menjadi tajuk...
Alhamdulillah dapat juga akak merasainya walaupun sedikit lewat tapi masih diberi kesempatan...
Moga ada lagi umrah berkali-kali dan diberikan kesempatan menunaikan haji...

Comments

  1. best nya..nikmatnya..
    doa kan saya ya supaya dapat ke tanah suci, terutamanya di kala Ramadan nanti...

    ReplyDelete
  2. Betul Zila kenangan di sana tak sama dgn negeri-negeri lain.
    Moment itu sentiasa terpahat kejap di ingatan kita kan
    Tapi sekarang ni Mekah agak panas. Kakak akak baru balik 2 minggu lepas.
    Jadi sebaiknya kurangkan pendedahan di luar, banyakkan duduk dlm masjid ajelah.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..seronok nyer baca nikmat akak..doakan saya supaya dpt jugak nikmat sebegini.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..Kak Zila baru balik dari Umrah lah nih...mmg ramai yg cakap bila sekalii pegi nak pegi lagi..Ya Allah bila peluang JM lak nak ke sana...sob sob sob...selagi x de mahram di sini lah JM

    ReplyDelete
  5. Sekurang-kurangnya Cho sudah merasai pengalamannya. Mungkin ada peluang pada masa hadapan ke tanah suci lagi di bulan Ramadhan mahu pun menunaikan ibadah haji.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts