Pilih Hotel Panaroma di Taiping
Selamat berhujung minggu kepada kawan-kawan akak semuanya...
Selalu sabtu ahad akak memang susah nak buat entri baru ..
Tapi sebab kisah cuti panjang akak tak habis lagi tuler kenalah laju sikitkan...
Harini akak di Jalan Ampang.. kerja..kerja... kerja...
Jom layan cerita kami adik beradik yang cuti bajet di Taiping bandar warisan...
Pilihan hotel kami tentulah yang terletak kat tengah pekan dan harga yang tak mahal..
Maalumler biliktu mesti tak duduk sangat sebab dalam kepalani macam-macam rancangan....
Lagi satu tak nak hotel yang ada kolam renang sebab nanti budak-budaktu tentu tak nak berjalan...
Akakni dengan penuh yakin tak 'booking' mana-mana hotelpun sebab hari ahad..
Memang target nak 'check in' Hotel Legend Innjer sebab tempatnyer strategik..
Sekali bilik Junior Suite yang kitaorang nak dah penuh...
Jadi kononnya kitaorang pusing cari hotel lain dulu kot ada bilik yang sesuai..
Rupanya ramai yang melawat Taiping musim cuti sekolahni...
Sebab dah malas nak mencari terusjer 'check-in' Hotel Panaroma ...
Adik akak yang balik rumah mak mertua dia di Taipingtu pun boleh duk kat Hotel gak..
Tapi dia 'check in' Hotel Legend Inn jer...
Tapi tak jauh manapun kedua hotelni ala pekan Taiping kot!!
Bangunan kelabutuler Hotelnya...
Ambik gambor dari dalam keretajer... punyalah rajin...
Budak-budak happyjer bilik kecikpun...
Tapi yang penting bilik air ada 'bath tub'
Dalam bangunan hotelni ada kedai jugak... tak pergipun...
Gambar Bandar Warisan suatu masa dulu di paparkan didinding Kafe Hotel..
Akak tak singgahpun makan kat sini.. kata adik ipar akak orang Tepen kat Kafeni pun sedap gak... Tak tauler halal ker idak...
Pasar Taiping di Jalan Kota terdiri daripada dua bangunan iaitu Pasar Lama yang dibina pada 1884 dan Pasar Baru pada 1885. Satu menjual barangan basah dan satu lagi bagi barangan kering. Idea pembinaan pasar ini dicetuskan Frank Swettenham. Bangunan pasar awam ini adalah yang pertama dan tertua di Malaysia.
Sekali lagi ambil gambar dari dalam kereta...
Itulah bangunan Bomba Taiping...
Dulu masa kecik akak pergi ke kuaters Bombalah kalau pergi Taiping...
budak2 confirm sukaaa kalau ada kolam. hehe
ReplyDeleteMana-mana bandar pun sekarang cepat membangunnya. Kalau setakat hendak bermalam tak ada masalah tempat tinggal. Kecik-besar tak jadi soal janji selesa..
ReplyDeleteCantik tengok bangunan lama ni kan Zila, akak tahun lepas gi Thaiping ni. seronoklah anak2 dpt mandi tub.. ;)
ReplyDeleteitu negeri kelahiran oma tuh :)
ReplyDeleteLama tak pegi Taiping. Masa zaman sekulah dulu, tiap bulan meronda ke situ.
ReplyDeleteyong tau fu bombaaa.. eh tibe2 kan? hihi
ReplyDeleteDulu pernah sampai Taiping ni kak..dlm tahn 2000an.. tapi dah lama benor..dah byk berubah sy tgk ni...:)
ReplyDelete1884 sampai la ni masih bertahan , hebat gak pembinaannya tuh .
ReplyDeletesuka tengok bangunan lama.. ada noltalgianya..
ReplyDeletecantik semua pic tu......lama dah xpergi Taiping....
ReplyDeletesaya suka Tepen..
ReplyDeletebanyak tempat boleh jelajah di dan dari sana...
Taiping memang terkenal dengan peninggalan sejarah...
ReplyDeletekalo di Taiping, hotel Panorama hotel yg femes ke Kak Cho.. cam oke je hotelnya...
ReplyDeleteagk nyer psr tu msk ke x dlm buku teks sejarah? ;-)
ReplyDelete