Memory Lane @ Loken, Ipoh
Entri harini memperkenalkan pasar karat yang terkenal di Ipoh iaitu Memory Lane @ Loken...
Akak sambung balik cerita cuti di negeri kesayangan akak Perak Darul Ridzuan...
Akak sambung balik cerita cuti di negeri kesayangan akak Perak Darul Ridzuan...
Oleh sebab akak singgah rumah adik di Ipoh dapatlah akak pergi tempat menarik di Ipohni dulu...
Masa akak duduk di Ipoh dulu-dulu tak pernahpun akak pergi ke Loken..
Sebelum di tempatkan di Jalan Horleyni Lokenni dulu kat tepi sungai Kintajer...
Akak tau pasal Lokennipun dulu sebab bapak sedara akak selalu sangat pergi sini...
Diani memang pandai bertukang dan ada bakat baiki barang-barang terpakaini...
Kalau pergi rumah dia rasanya 40% adalah dari Loken...
Basikal anak diapun dulu dia beli kat sini..
Beli dalam RM10 sebab dah rosak tapi dapat kat dia macam harga RM100...
Gitu juga dengan radio yang berlambak kat rumah dia macam-macam bentuk...
Percayalah macam-macam benda lama dan baru boleh kita dapat di sini...
Mungkin nama Loken tukar Memory Lane sebab banyak barang nostalgia boleh kita jumpa..
Kalau suka dengan barang-barang antik memang inilah tempatnyer..
Malah kalau rumah orang kampung akak kena curi dan hilang barang lama macam tembaga, jam lama dan lain-lain mesti kita berseloroh jom kita ke Loken mesti ada kat situ...
Lokenni hanya beroperasai pada hari ahad dari pukul 7.00 pagi sampai 1.00 tengahari...
Akak letak kereta di kawasan kosong berdepan KFC..
(dulu parking kereta panggung wayang Lido dan Cathay.. oh nostalgia)
Kena bayar weh RM3.00 tu, tak dibayar karang kena calorlak kereta akak...
Panjang juga Lokenni rupanya... tak jalan habispun akak haritu...
LOKEN tu maksudnya apa?
Saya diberitahu, lokasi Pasar loken ini telah diubah ke kawasan baru dan dinamakan sebagai "Memory lane". Namun, ramai orang yang masih lagi memanggilnya sebagai Pasar Loken. Apakah maksud loken? Mengikut cerita orang Ipoh, nama asal pasar karat ini adalah "Pasar Lam looking" kerana ianya beroperasi berdekatan dengan bangunan Bazaar Lam Look Ing@ Perak emporium di Jalan Laxamana, tidak jauh daripada lokasi yang baru ini. Lam Look Ing adalah taukeh Lombong biji timah di Kampar dan Kinta, Perak. Beliau juga memiliki banyak hartanah di kawasan Bandaraya Ipoh ini. Saya sendiri tidak pernah lagi pergi ke Pasar Loken yang baru di sepanjang Jalan Horley & Jalan Lim Bo Seng ini tetapi rakan-rakan menyatakan ada lebih daripada 400 gerai yang menjual barang-barang lama dan terpakai disini. Pasar loken beroperasi pada hari Ahad dari jam 7.00 pagi sehingga jam 1 petang. Ada yang mendakwa Pasar Loken ini telah wujud sejak tahun 1970an lagi tetapi saya tidak pasti jika ianya benar atau tidak.
Pintu gerbang yang mengalukan kedatangan pengunjung...
Lemang, ketupat boleh dimakan bersama serunding dan rendang tok..
Bak kata penjualtu tiap minggu hari raya...
Singgah sarapan dulu di sini...
Pergi cepat sesangat penjualpun tak berapa nak ramai baik makan dulu...
Kuih muih yang besar gedabakni hanya 40sen...
Penjualpun baru nak letak barang, orangpun tak ramai lagi....
Baju bundlepun berderet-deret di sini...
Tiba di lokenni akak malu-malu nak ambil gambar lepastu menyesal lak...
Antara barnag yang dijual mengundang nostalgia dalam diri akak...
Tengok macam-macam benda yang dijual buat akak rasa nak bukak satu booth kat sini..
Rumah akak kat kampungtu rasanya macam-macampun ada... ha.. ha...
Waktuni dah ramai sikit orangnya..
Nampak tak yang belakangtu adalah Hotel Tune...
Masani akak nampak budak Kesenian Perak berlatih berlakon jadi orang gila..
Sebab malu sangat nak ambil gambar takder ler pulak...
Ada juga orang jual satay untuk sarapan... ehm menarik...
Sebab ralit sangat tengok barang yang dijual tak banyak bendapun akak beli...
Takper nanti akak datang lagi tapi nak ajak suami akak yang suka barang-barang cam gini...
Entri lepasni kami ke destinasi percutian menarik di negeri Perak juga lagi..
Entri lepasni kami ke destinasi percutian menarik di negeri Perak juga lagi..
macam best je :)
ReplyDeleteKali pertama tahu pasal tempat ni.. bagusnya ada tenpat buka awal macam ni.. boleh jalan2 sambil cari sarapan ye.
ReplyDeleteinsya Allah kalau sempat minggu dpn nak singgah la sini..
ReplyDeleteha'aa lah..skrg ni tak perlu tunggu musim hari raya...ketupat lemang sentiasa di jual kan..antara ketupat dan lemang yg mana satu feveret kat Zila..kalau JM..akan pilih lemang :-)
ReplyDeleteBenda2 yg jual kat situ mcm yg jenis klasik2 kan
ReplyDeletelebih kurang cam carboat kat stadium shah alam ni kan kak??
ReplyDeletetengok barang2 lama memang kagum sekejap..
saya slalu juga kesini kalo hari minggu jenjalan sesambil tu nengok barang antik dierang jual...
ReplyDeletemenarik la kak..lieya ade gak la pi ipoh dlm 3 kali sebb adik belajar uitm sane...tak tau plak pasal pasar nie...kalo tak leh pegi....asek makan nasi ganja ngan mee kicap jek kalo lieya turun sane heheehh asek ingat makan jek lieya ni kak hahahhaha
ReplyDeleteBesarnya kuih tu 40 sen zilla.. kenyang makan kan .. jauh bezanya di shah alam kan;)
ReplyDeletemacam best jer,adik ipar SA orang Simpang Pulai..nanti nak ajak dia pi sini la...x jauh kot ke Ipoh....
ReplyDeleteAlahai lemang tu.. sedap nyer.. mkan dgn redang dan serunding.. terliurrrr :D
ReplyDeleteLoken ni mcm kt roadwalk kat Penang ni la..
ReplyDeletemenjual brg2 antik lama...hehe
ipoh skrng ni mcm susah benor nak mencari jalannya kak. aritu nak bawak mak berjalan ke ipoh, konon nak pg aeon baru punyala pusing2 kat ipoh..gps pun x mmbntu sgt..nnt next time rasa nak pg la pasar loken ni sbb suami saya pun suka benor brng2 gini
ReplyDeletewaahhh.. menarik jugak nih~
ReplyDeletemacam2 bende ade dijual kat sini.
kalo gi perak boleh lah singgah ke sini nanti..:)
Meriahnya kak..
ReplyDeletesedap tengok lemang ketupat tu...:)
Nmpk mensrik sgt
ReplyDeletehebat ipoh skang ni macam2 ada ..
ReplyDeletehope next week sempat la nak singgah sini
best nyer pasar karat tuuu
ReplyDeletelemang? perrghhh