Penutup Bukit Gambang dan Info berkaitan
TAHNIAH untuk pasukan bola sepak Pahang DM yang telah menjadi juara Piala yang berprestij di Malaysia. Orang Pahang tentu berbanggakan dan harini rasanya diumumkan cuti. Apa kata pergi ke Gambang kerana banyak benda yang menarik boleh di buat di situ...
Tajuk kelas gitu... Akak kalau pergi satu-satu tempat memang kena ada penutup kot idak rasa macam tak sempurna. Bukit Gambang adalah tempat yang bersesuaian untuk sekeluarga dan macam-macam ada macam dalam entri akak sebelum ini. Kiranya anak-anak bergembira ibu dan bapa juga rasa seronok...
Apa yang seronok sangat ada di sini wahai Cho Zila :-
1) Safari Park dan Night Safari
Yang pertamanya ialah sekarangni Bukit Gambang dah ada Safari Park yang sangat ohsem!! Tapi buat masa sekarangni tak bukak habis lagi tapi masih lagi berbaloi untuk di lawat. Akak tak sempat nak pergi jadi tak boleh nak komen lebih-lebih. Akak cuma sempat melawat Night Safarinya sahaja. Pengalaman yang baik untuk anak-anak terutamanya kalau anak kita memang suka tengok binatang. Jadi jom baca pengalaman kami di NIGHT SAFARI DI BUKIT GAMBANG dan kalau nak tengok PETA NIGHT SAFARI juga ada. Sebenonya bukan Night Safari tapi lebih kepada Night Jungle kalau ikutkan pada papan tanda harga tiket...
Harga Tiket dan Waktu Operasi :-
>> Wild Savannah dan Night Jungle (2.00 petang - 10 malam) :
Dewasa dengan MyKad:
Kanak-kanak dengan MyKid:
>>Night Jungle (6.00 petang - 10 malam) :
Dewasa dengan MyKad
Kanak-kanak dengan MyKid
(Sila bawak MyKad dan MyKid untuk dapat harga ini kot idak lagi mahal ok)
Kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm adalah PERCUMA
Waktu operasitu kalau ikutkan laman webnya dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam tapi rasa macam yang jaga kauntertu cakap yang wild savannah buka pada pukul 2.00 petang. Baca blog kawan-kawanpun ada yang katanya datang seawal pagi tapi tak bukak lagi... Tapi tuler rasanya waktu operasi yang tertulis dilaman web BGRCtu kalau Safari tu dah bukak seluruhnya...
Nampak tak betapa dekatnya kita dengan si dia...
2) Bukit Gambang Water Park
Inipun seronok juga tau walaupun tak besar mana tapi macam-macam juga benda yang boleh dibuat di sini. Untuk anak-anak tentulah suka berendam dalam air tak kiraler macamana keadaanya. Yang penting duduk dalam air... Kat entri INFO BUKIT GAMBANG WATER PARKl akak sebelum inipun ada cerita pasal apa yang ada di sini...
Tiket dan waktu operasi :-
>> Isnin hingga khamis ::: 10.30 pagi hingga 6.30 petang
>>Jumaat, Sabtu dan Ahad, cuti sekolah dan cuti umum ::: 9.30 pagi hingga 6.30 petang
Hari SELASA ditutup kecuali cuti sekolah dan cuti umum.
(so esok walaupun hari selasa tapi cuti Awal Muharam mesti Bukit Gambang Water Park bukakan)
Dapat rehat kat sinipun ok jugakan..
3) Aktiviti Dan Lain-lain
Macam-macam ada jangan tak percaya... sila percaya... Antaranya ialah dapat naik kereta kuda dan juga dapat main di Fun Fair. Terdapat juga arked permainan untuk kanak-kanak dan dewasa.
Sediakanjer duit...
Akakpun baru tahu ha.. ha... jom baca Sahut Cabaran Aktiviti Lasak di MyMetro bertarikh 26/1/2011 dan sudah pastilah tahu betapa banyaknyer aktiviti yang boleh dilakukan di sini.. Oleh itu untuk orang Pantai Timur inilah tempatnya yang sesuai untuk bersantai sefamili...
4) Penginapan
Yang paling penting penginapan selama berada di Bukit Gambang macam-macam ada. Kalau nak duduk dalam kawasan Resort pilihjer Arabian Bay Resort ataupun Carribean Bay Suites. Bilik dia memuaskan hati dan sangat selesa. Seronoknya juga ada kolam renang yang sangat cantik untuk kedua-kedua tempat ini.. tapi kami tak sempatpun terjun kolam renang hotel...
Rasanya juga masa akak bersarapan sebelum baliktu di kedai seberang jalan BGRC banyakjer papan tanda Homestay untuk di sewa dan harganya sudah pastilah berpatutan.. Apa lagi tunggu!!
Lagipun masani MONSOON FESTIVAL berlangsung dari 3-10 November di Bukit Gambang Resort Cit. Lawati laman web BGRC sendiri iaitu :- www.bgrc.com.my .
Bgos infonya ni...
ReplyDeleteNnti nak cuba safari tu...:-)
Bab sediakan duit jer... tu yg mak bapak parah huhuhu :)
ReplyDeletelengkap entry sis
ReplyDeleteterbaik... memang puashati family akak pg sini yer.. akhirnya entry penutup ... saya pulak yg teruja baca..
ReplyDeletesaya tak pernah lagi sampai kat sini...macam bes jer kan
ReplyDeleteBYK INFO KAT SINI.. KALAU NK KE GAMBANG BLH REVIEW BLOG AKAK NI... PADAT INFORMASI.. TQ
ReplyDeleteTQ kak..tempat ni confirm masuk list kami utk thn dpn.
ReplyDeleteYeay..noted..lepas baca entry ni..in Sha Allah ..kalau JM ada jodoh pastu kalau ada rezeki dapat anak..leh JM bawak mereka ke sini...aduhai JM jauh nye ko berangan heee
ReplyDeleteWaa bestnyer..tak sabo lak nak pi sini...
ReplyDeleteHurmmmmmm..tahun dpn la gamaknye baru leh pegi..hehehe..
ReplyDeleteinfo yg menarik...
ReplyDeleteSaya tak pernah sampai lagi ke sini...memang teringin nak pergi..
Thanks sharing info pasal bukit gambang..lebih2 lg pd alynn yg tak pernah pegi lagii..
ReplyDeletesaya pun oernah bwk anak2 ke gambang waterpark..mmg syok :))
ReplyDeleteone day nk pegi gak gambang ni..nabihah bertanya sbb ade kwn nye dh pegi...kuk kui
ReplyDelete