Seni Tekat Perak Darul Ridzuan

Seni tekat memang menjadi kebanggaan orang negeri Perak Darul Ridzuan. Ikutkan adik akak dahpun beli cadar untuk bilik tidur pengantin tapi emak ngan bapak akak beria nak juga pasang tekat. Nak pasang kelambu dia punyaler payah kalau dulu-dulu siap ada hari memasang, siap ada doa bagai tau, orang kampung ramai datang membantu ini kami 4 beranak, akak pulak dulu memangler jaguh memanjatni tapi dah badan berisini bapak akakpun tak bagi. Jadinya bapak akak yang dah berumurtu terpaksalah memanjat, memang rasa kasihan pulak kalau dulu dia cergas sangat.

Jadi jom layan hiasan tekat yang melatari majlis perkahwinan adik bongsu akak tempohari... Gambar dari photographer dia yang menggunakan sedikit tekat sebagai latar, nampak berseri.Inilah katil yang bersusahpayah kami anak beranak menyiapkannya..Nak pasang yang atasniler paling payah sekali, dahler dia punya "subang" tak cukup kenalah pasang bajet-bajet.Ini pulak tudung saji yang kalau majlis perkahwinan dahulu digunakan untuk menutup hidangan tapi sekarang jadi bahan perhiasan sahaja.

Untuk pengetahuan, cadar tekat yang digunakan itu sebenarnya sudah selayaknya masuk ke muzium kerana dihasilkan pada tahun 1964, hampir 50 tahun usianya. Sebab itu masa kami pergi ke Muzium Taiping tempohari anak akak yang tengok banyak tekat kat dalam muziumtu cakap rumah Opahpun ada banyak. Bangga jadi anak Perak  ....

Comments

  1. cantiknya kakk...suka sgt dgn benda2 tradisional..masa kawen dulu ada la gak pakai cadar tekat warna hijau..sukaa

    ReplyDelete
  2. Sis, cantek btoi le tekad tu sis.. Warna merah hati dia berseri sggh.. ;)

    ReplyDelete
  3. wah! betul2 warisan turun temurun ni. Serius cantik!

    ReplyDelete
  4. akak, lawanya katil mcm tuh. jarang dah ada masa skng neh.

    ReplyDelete
  5. kat umah mak Nuri kat kg ada 2 katil ni Cho, tp wat hiasan je he he sbnye semua taknak tido sb tinggi kan..
    memang cantik sgt dan suke tradisional ni barulah cam pengantin he he
    selamat pengantin baru wat adik Cho tu, Perak kat ne ye?

    ReplyDelete
  6. klasik sangat!cantik!

    ReplyDelete
  7. cantik..hasil yag berseni..skrg mana lagi orang reti nak buat kan

    ReplyDelete
  8. wow..sgt klasik! sgt jarang dh org skang buat theme cmni..

    ReplyDelete
  9. cantiklah hiasan berkonsep tekat2 ni. adik awak pun cantik.

    selamat pengantin baru kat dia. :)

    ReplyDelete
  10. hasil seni yg dah jarang kite temui..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts