Pengangkutan baru ke Genius Aulad

Tahun ini Atikah dan Azalia mengunakan pengangkutan van untuk pergi dan balik dari Genius Aulad. Ini adalah kerana anak Puan Linda yang selalu mereka tumpang pada tahun lepas sudah tidak bersekolah lagi di Genius Aulad. Pada mulanya akak rasa hendaknya hantar sendiri tapi tang baliktu payahler sikit sebabnya kelas diaorang habis pukul 11.30pagi akak hanya boleh keluar 12.30tengahari.

Setelah difikir banyak kali terpaksalah menggunakan pengangkutan van ini walaupun bayaran untuk pengangkutan ini boleh tahan jugalah. Namun memikirkan baik dan buruk tak kisahlah janji anak-anak selamat dan hati ibu tenang memikirkan mereka.Yang paling penting budak dua orangtu memang dari tahun sudah memujuk akak hendak naik van sebab katanya best ramai kawan dan vantu besar, luas, ada aircond (sebab kereta cik Linda dia selalu ada masalah aircond)..


Ingatkan masalah aircondni teringat akak kisah tahun sudah Azalia bergaduh dengan seorang lagi budak yang menumpang cik Linda bernama Qaisara. Akak memang almaalum Azalia memang tak boleh tahan panas kalau duduk dibelakang dalam kereta mesti dia nak duduk kat tengah dan badan dia duduk betul-betul kat antara dua kerusi depan. Alasan di situ aircond dapat kuat. Jadinya bila kereta tak ada aircond budak-budak berebut nak duduk dekat pintu, Azalia geram dicakarnya muka budak nama Qaisaratu. Ehm ada lagi kisah lepastu tapi biarlah kenangan itu berlalu... budak-budak memang begitu hari ini bergaduh esok baik balikkan.
Hari pertama pergi ke Genius Aulad dengan menaiki van yang dipandu oleh Uncle Sam. Punya semangat anak ibu idakler dipandangnyer ibunya kat belakang. Ini gambar hari kedua pulak sebab semalam ibu dia kelam kabut tak sempat nak ambil gambar. Akak tak pergipun tengok Atikah dan Azalia di Genius Aulad pada hari pertama persekolahan mereka, akak tahu diaorang memang boleh berdikari padahal akak ambil cuti haritu. Semoga dua orang puteri kesayangan ibu akan berjaya menjadi insan yang berakhlak mulia dan membahagiakan ibu dan ayah selamanya...

Comments

  1. ok ke Genius aulad ni yer?

    ReplyDelete
  2. amin amin rabbil alamin :)
    ps: ok ker genius aulad nih?

    ReplyDelete
  3. anak sy pon dr 4 thn dah naik van gi tadika..


    la nih dh darjah 1 naik bas pulak blk sekolah agama..


    xpelah kan ajar anak-anak berdikari walaupon dlm hati risau kemain :)

    ReplyDelete
  4. Amin3x.. semoga termakbul doa ibu..

    ReplyDelete
  5. berapa ek yuran kay genius aulad tu? Ini yg setentang dgn Giant tu ye?

    ReplyDelete
  6. seronok tgk 2 bradik tu ke sekolah..blaja rajin2 eh..

    ReplyDelete
  7. teringin sgt anto aleesya ke GA satu hari nanti...

    ReplyDelete
  8. Seronok je dia 2 beradik. Mcm anak kawan sy, siap ckp kat, "mama tak yah la hantar hari ni".

    ReplyDelete
  9. ajar anak berdikari dari kecik..bagus..
    anak saya pulak xnak naik van..kene bangun awal katanya

    ReplyDelete
  10. anak2 skang memang mudah berdikari kan? senang hati ibunya ^_^

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...mereka sgt bagus kak.berdikari dah kecik2.

    izan cuba masuk blog ni smlm tp ada amaran malware pulak tp ari ni dah takde. yeay!

    ReplyDelete
  12. Anak akak tak sempat merasa Genius Aulad, cuma tadika Islam alfasih je tapi alhamdulillah....
    Anak2 skrg beruntung banding dgn kita dulu2 kan? bertadika pun tak merasa....
    Harap anak2 cho zila menjadi anak yg soleh, amin.

    ReplyDelete
  13. budak2 memang x tahan panas .. bukan kate anak adik .. anak akak zahrien tuu same je .. kalau naik kereta selalu duk tengah2 .. baru rasa aircond katanyee ;)

    ReplyDelete
  14. anak saya pon balik naik van...pergi jek hantar...leceh la nak ambik tengahari tu walaupon dok umah..mcm terkejar2 nak masak bagai..hehehe

    ReplyDelete
  15. smoga dipermudahkan segalanya.. bgusla.. dh ajr bdikari dari awal.. lya pon ada tfikir nak htr asya ke genius aulad gak..camner yuran dia yer?

    ReplyDelete
  16. Salam. Boleh tak nk minta no tel uncle sam ni.

    ReplyDelete
  17. >>azah.. sebenarnya pengangkutanni kita register di Genius Aulad sahaja.. nanti GA akan bagi ikut kawasan..
    akak bagi gak no tel uncle sam :-
    012-4375898

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts