Hospital Changkat Melintang di Kosmo
Segera bina hospital baru
Gambar kredit untuk :- panoramio.com. Gambar hadapan Hospital Changkat Melintang.
Hari ini di surat khabar kosmo ada cerita pasal Hospital Changkat Melintang yang terletak di daerah Perak Tengah. Entah kenapa terasa sayu mengenangkan kampung halaman yang nun jauh di sana... Bertambah terharu mengenangkan hospital ini yang kemudahannya memang yang ado saja, sebab bapak akakpun sekarangni berurusan dengan Hospital Seri Manjung dan. Sudah sepatutnya Hospital ini digantikan dengan hospital yang lebih baik untuk kemudahan penduduk setempat.
Antara petikan di akhbar Kosmo :-
Antara petikan di akhbar Kosmo :-
Ala kesiannya akak baca, kalau ada hospital baru alangkah bagusnyakan.Kerajaan Pusat khususnya Kementerian Kesihatan dirayu menyegerakan perlaksanaan projek pembinaan Hospital Daerah Perak Tengah yang tertangguh sejak tiga tahun lalu bagi memberikan kemudahan kepada lebih 80000 penduduk sekitar.Ahli Parlimen Parit, Mohamad Nizar Zakaria berkata, ramai dalam kalangan penduduk tempatan terutama masyarakat kampung mula tertanya-tanya status projek yang diluluskan peruntukan serta telah diumumkan secara rasmi pada Februari 2008..Hospital berkenaan hanya mempunyai sebanyak 50 katil pesakit menyebabkan hospital tersebut sentiasa dalam keadaan sesak. Selain pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), daerah Perak Tengah juga mempunyai beberapa sekolah berasrama penuh dan pusat latihan belia. Ekoran kesesakan HCM, banyak pesakit terpaksa dirujuk kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Hospital Seri Manjung dan Hospital Teluk Intan yang agak jauh sehingga membebankan pesakit dan waris mereka.
Really helpful data, lots of thanks for the post.
ReplyDeleteDutch Spiced Beef