Beraya di kampung Serikaya

Lokasi : Rumah Kampung akak, Bota Kiri, Perak
Tarikh : 3/9/2011

Paling kelakar hari raya tahun ini akak beraya di kampung hanya di rumah sendiri sahaja tanpa pergi kemana-mana sekalipun kecuali pergi beli barang di pekan Air Tawar sahaja. Budak dua orang ini memang tak kisah sangat sebab seronok bermain dengan sepupu diaorang, tapi memang tak patut rasanya akak sebab langsung tidak menziarahi saudara mara dan kawan-kawan..

Takperlerh tahunni mood raya dah lari harap tahun depan akak akan menunjukkan teladan berhari raya yang baik untu anak-anak. Ok pada tarikh ini sebenarnya rumah kami menerima kunjungan keluarga bakal mertua adik akak yang bongsu untuk menghantar wang hantaran. Makanan yang disediakan oleh emak akak memang menyelerakan sekali seperti biasa nasi minyak, ikan kerapu 3 rasa, ikan kerapu stim, rendang tok, kerabu mangga, masak dalca, ayam masak merah dan entahler rasa ada lagi tapi dah tak ingat. Tapi yang penting tak yah cerita pasal tak nak makan masani sebab semuanya rasa nak makan...

Atikah dan dik Ya bersama dengan sepupunya Kak Ngah dan Along sedang bersantap dengan berselera sekali.


Xtvt budak sekarang tidak kira di bandar atau kampung..


Dik Ya posing sakan atas tangga rumah opah ngan atuk za..


Dua orang sepupu yang sebaya kalau kemanapun mesti berdua


Seronok Berkumpul Bersama

Comments

  1. sonok beraya... kak.. mak kita masak semua sedapkan kak... nak lagi kalau semua adik badik ada .. makan ghegamai.. lagi meriah. .dan lauk-lauk tu semua akan jadi bertambah sedap.. uuuiii rinduu saat2 itu...

    ReplyDelete
  2. seronok kan raya..syg plk xgi jalan raya..xpe tahun dpn marathon pi raya umah kwn2 n sedara mARA..

    ReplyDelete
  3. jgn kata bdk bandar yg keje duk ngadap game kat pc..anak buah wa yg duk kg pun sama je kak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts