Tahniah SRABK5 , TERBAIK!!!!

Dipanjatkan syukur tidak terhingga kehadrat yang Maha Esa atas kurniaanNya... Kejayaan SRA Bandar Kinrara 5 sebagai sekolah cemerlang PSRA kategori SRA Gred A negeri Selangor 2018.. Kejayaan mencapai target 100 orang pelajar mendapat MUMTAZ dan juga seorang pelajar menjadi pelajar TERBAIK perempuan daerah Petaling dan Negeri Selangor.. Hanya dengan kuasaMu ya Allah yang memberkati segala usaha semua pihak untuk memastikan kejayaan semua anak-anak PSRA 2018.

Majlis pengisytiharan keputusan PSRA negeri Selangor di adakan di SRABK5 mungkin kerana keputusan yang amat memberangsangkan... Sebagai seorang ibu sudah pasti akak dapat lihat kesungguhan tenaga pengajar dari guru besar dan kakitangannya... Mereka memang mempunyai perancangan yang rapi untuk memastikan kejayaan anak muridnya.. malah melihatkan muka mereka semasa majlis bacaan yassin akak memang mengharapkan semoga Allah memperkenankan perancangan pihak sekolah...

Tahniah
Tahniah semuanya....
Pelajar terbaik perempuan dari SRABK5
Pelajar terbaik lelaki dari daerah Klang
Gembirajer anak-anak...
Sekolah pasang khemah sebab ramai yang datang...
Atikah dan Dalili kawan baiknya.... 


TAHNIAH 🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

Comments

Popular Posts