Istimewanya SS2, Petaling Jaya

SS2, PJ kalau ikutkan memanglah tiada apa yang istimewa... tapi akak berkenalan dengan tempat ini pada hujung tahun 2003 dan sampai sekarang pejabat akak di situ.... Walaupun tarik diri sekejap bertukar ke cawangan Puchong akhirnya datang balik ke sini....

Masa di panggil untuk 'interview' di SS2, akak terfikir apalah ada di sana yer.. Pertamanya yang dirisaukan ialah ada tempat makan halal ker? maalumlah tempat ini memang bukan kawasan orang kita... rupanya ada weh.. dulu sebenarnya ada lebih banyak... sekarang dah makin kurang....

Jom kita tengok gambar ... ini yang ada sekitar pejabat akak sahaja.... malas nak jalan jauh.... 
😂😂😂😂
Depan pejabat akak yang sangat 'happening'
Seawal pagi telah sibuk 
Ada pasar pagi.. 
Tempat ini memang padat dan sendat...
 Singgah Family Mart ....
Kebanyakan bank ada di SS2,..
RHB, Maybank, AmBank, Alliance, BSN, Hong Leong, Public Bank, CIMB, Affin, apa lagi....
SS2 Selera Malam yang terkenal di kalangan mereka.
 Hujung-hujung sana ada medan selera untuk kita-kita..
Ada nasi lemak sedap di waktu pagi di sini....
 Tanah lapang di sini boleh tahan besarnya..
Nampak tak ku lihat hijau di SS2... 
Nampak ada Balai Polis Sea Park...

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Banyak sebenarnya ada di SS2..... 
Tapi yang ini hanya pendahuluan cerita SS2... 

Comments

Post a Comment

Popular Posts