Tahniah SK Serikaya Bota
Pendekatan berlainan untuk hari anugerah cemerlang dan graduasi SK Serikaya Bota Kiri dirasmikan oleh bekas pelajar sekolahnya sendiri. Selalu kita tengok samada ADUN, atau orang besar Kementerian Pendidikan... akak tidaklah mahir sangat sebab anak-anak tidak pernah naik ke pentas untuk anugerah cemerlang... Mungkin sudah banyak sekolah mengamalkan cara sedemikian tapi melihat di facebook masih cara yang lama...
Perbezaan antara dulu dan sekarang sudah pastilah dekorasi pentas dan upacaranya..Seingat akak masa akak kecil dahulu hujung tahun mesti ada acara tunjuk bakat. Pelajar berlakon, bersajak, menari dan menyanyi. Macam konsert budak tadika.. tapi kini lebih rasmi sebab anugerah yang disampaikan lebih banyak kategori jadi masa lebih ke situ... namun diharapkan tujuan majlis dapat dilaksanakan untuk kebaikan anak-anak....
Perasmian oleh adik akak....
Emak akak dengan adik dan adik ipar...
Bergambar dengan tenaga pengajar sekolah...
Tidak ramai kerana kebanyakan sekolah dikampung akak menghadapi masalah kekurangan pelajar....
Comments
Post a Comment