Dangau Indah Chalet Chepor

Ini kisah reunion kawan-kawan sekolah di Dangau Indah Chalet di Chepor Perak.. Perbincangan tiba-tiba menjadi kenyataan kerana kali ini ramai yang turut serta... Dangau Indah Chalet di pilih oleh AJK kerana tempatnya sesuai untuk kami ... Chalet ini tidak jauh dari Ipoh dan mudah untuk mencarinya walaupun pencarian google tidak berjaya....

Dalam pemikiran akak ada air terjun kerana Chepor terkenal dengan air terjunnya.. mulanya ingat akak dah sesat rupanya betul... Jom tengok gambar....

Gambar untuk kenangan...
Rumah utama dua tingkat ada 3 bilik....
Dua bilik di bawah dan satu bilik di atas...
Di atas ada beranda untuk bersantai ....
Yang penting setiap bilik ada bilik air ok.... 
Kolam renang comel untuk beriadah....
Dari sini nampak dapur dan juga tempat makan...
Di bangunan itu juga ada sebuah bilik tidur....
Ada shower di luar untuk yang berenang....
Ini bilik ditingkat atas....
Semua kemudahanpun ada....
Aircond, kipas, tv flat, bantal, tuala, ada almari mekap...
eh kemon semua adalah.... 
Tilam empuk sangat....
Ada sofa bed juga....
#puashati
Paling penting bilik air bersih...
Kemudahan seperti sabun mandi dan ubat gigi juga ada...
Ada tempat lepak di beranda tingkat atas.....
Ada juga disediakan meja untuk bersantai di laman...
Hiasan di chalet ini memang menarik... 
Seronok betul makan di sini menghadap kolam renang... 
 Dapurnya bukan sempurna lagi...
Katanya nak diubahsuai tambah kabinet... 
Yang penting ada peti ais...
Ada disediakan kemudahan untuk berbbq...
Cuma cahaya kurang terang sikit untuk membakar....
Ini rumah yang bersebelahan dapur....
Pemilik Dangau Indah Chalet ini peminat pokok...
Ada pokok cili padi juga....
Pemandangan diluar chalet...
Gunung ganang yang menghijau...
Yang penting port untuk bergambar....
hip... hip ... hore.... 

INFO :-
No 71 , Jalan Hijrah 4 , RPT Bt.10 , Chepor
Ipoh, Perak
Call 013-200 7341

Comments

Popular Posts