Jangan takut melabur di Bursa Malaysia

Tajuk berat sikit kali ini...
Terbaca dalam majalah Mingguan Wanita...
Terasa nak ambil tahu...
Maalumler nilah kerja akak dari dulu...
Rasanya orang Melayu terutamanya ...
Bangsa Cina dah lama maju dalam sahamni..

Inilah pekerjaan yang akak tahu sejak keluar dari belajar..
Dulu akak memang tak nak kerja di Kuala Lumpur..
Ipoh senang nak balik kampung...
Jadinya pekerjaan di Ipoh amat terhad..
Dapat kerja di sebuah syarikat saham..
Masatu mana ada fikir masa depan..
Gaji tak besar mana maalumler "IPOH"..
Seronok pergi kerja tak der sapa nak kacau..
Bos baik dan kawan baik buat apa nak pening kepala..

Zamantu pekerja melayu diambil atas dasar kuota..
Masatu syarikat saham kecil-kecil belum bergabung lagi..
Tokei dia tentulah bukan orang kita...
Mula masuk kerjatu apapun akak tak tahu pasal saham..
Bapak akak manalah reti semua bendatu...
Dia tahu mengajarjer lepastu sibuk pergi kebun...

Masatupun industri saham tak serabut macam sekarangni..
Caj dikenakan mahal tapi orang tetap beli saham...
Pendapatan sebagai 'remisier' masatu memang lebat...
(remisierni pendapatannya adalah menerusi brokerage=caj bukan gaji)
Ramailah tenaga profesional dari bidang lain terjun jadi 'remisier'
Industri zamantu memang rancak dan meriah..
Mana ada 'online trading' macam sekarangni..
Hari-hari 'trading hall' penuh dengan manusia..

Kerja memang macam lipas kudung..
Telefon berdering tak berhenti-henti...
Nak pergi tandaspun selalu tak sempat ..
Curi tulang jauh sekali...
Tapi apa benda yang di atas pasti akan turun juga...
Apabila pasaran saham merudum ...
maka industri ini memulakan sekatan demi sekatan..
Menjadikan pasaran saham tak semeriah dulu....

Dengan 'online trading' yang tidak memerlukan kita bertemu..
Hubungan semakin jauh..
Kadang tak kenalpun 'customer' sendiri..
Ha... ha.. tiba-tiba panjang entri akak..
Maalumler mengimbau kenangan...
Inilah skrin yang akak hadap tiap-tiap hari..
Ada beribu syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia..
Jadi berhati-hatilah melabur... 
Artikel yang mudah difahami...
Sebenarnya ramai yang takut melabur sebab ramai yang dah terkena..
Nak masuk melabur kena ada ilmu, tapi sekarangni pelajar Universitipun ramai yang pandai... 
Mudah sahaja nak melabur peringkat mulanya...
Nak memilih saham yang terbaiktu yang payah... 
Seperti kata Sunthara Segar saham telah wujud hampir 100 tahun di Malaysia..
Saham juga merupakan satu pelaburan dengan risiko yang sederhana..
Saham bukan untuk orang kaya sahaja...
Sesiapa yang ada sedikit simpanan masih boleh melabur... 

Ok itu aja nak dikongsikan hari ini....

http://www.theweeklypay.com/index.php?share=403305

Comments

  1. Bila cakap pasal bursa saham zaman sebelum ledekan internet, mmg terbayang suasana org ramai dalam satu hall, sibuk berdiri terjerit jetir, telefon berdering dering...hihihih..saya masuk saham..Amanah Saham Bumiputera aja...kikikikii

    ReplyDelete
  2. sy pon teringin gk nk join saham
    tp tk brp pandai..
    pakai ajen je bleh..hehe

    kak..saham apa yg best kak?

    ReplyDelete
  3. Main saham office jer lah. Tak sabar nak tunggu next tranche ni kak.

    ReplyDelete
  4. wahhh..x reti betul bab2 saham ni. hehehe

    ReplyDelete
  5. kalo org tanya asaya pasal saham, satu apapun sy x tau

    terer la kak sbb tahu pasal saham2 ni

    ReplyDelete
  6. betui ler kak cho.,..susah nak memaham selok belok saham ni..rasanya akk mesti dah otai sgt dah ni..

    ReplyDelete
  7. KUB jatuh teruk la. Dah berbelas tahun hold dah ni. Masa beli, 1.00 seunit. Beli satu lot, itu pun dah tercekik masa tu. Bayangkan sekarang, harga tinggal 0.40. Tensionnnn. Kena hold dulu.... Masuk unit trust, ada nampak juga untung sikit.

    Psst...pakai sistem apa? RHB punya ke...?

    Kami dok pakai FIS ni...

    ReplyDelete
  8. saya pun teringin tapi tak terer :)

    ReplyDelete
  9. wow..hebat akak cho..boleh jd broken saham..sure k.cho dah byk melabur dan byk dpt untung kan..yela dah alang2 keje saham :)

    ReplyDelete
  10. Falsya xreti bab2 saham nie..somi falsya mmg ade melabur..setiap kali die explain, setiap kali tuh la falsya xpaham..hehehe

    ReplyDelete
  11. Saya pun memang 'buta huruf' bab-bab saham ni. Saya macam DZ juga, Amanah Saham Bumiputera aje yang saya ada :) Teringin tapi takda ilmu. Tau takda ilmu tapi tak mahu menuntut ilmu. Macamana? Kat takuk lamalah nampaknya :(

    ReplyDelete
  12. suami ajak main saham... uhuhuhuh

    ReplyDelete
  13. x reti main saham saham ni -_-'

    ade kawan ajak main

    tp ntahla mcm x minat huhu

    ReplyDelete
  14. Kenal dan tau pasal share ni pun masa kerja dulu bila kitaorang dapat share CZ....masa tu walaupun dapat sikit jer sharenya tapi puas jugaklah enjoy bila share naik hehe

    ReplyDelete
  15. sy nk tanya, apa ilmu yg mesti ada pd seorg remiser selain pengetahuan luas ttg saham?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts