Pengalaman Berhari Raya tahun 1983
1983
Ramai adik-adik yang baca blog akakni tak lahirpun lagikan...
Awat akak tiba-tibajer teringat cerita raya tahun 1983...
Masa baca majalah Mingguan Wanita keluaran khas hari raya,
jumpa cerita hari raya VIP yang sorangni...
Muka depan majalah Mingguan Wanita gambar Irma sekeluarga....
Awat akak tiba-tibajer teringat cerita raya tahun 1983...
Masa baca majalah Mingguan Wanita keluaran khas hari raya,
jumpa cerita hari raya VIP yang sorangni...
Muka depan majalah Mingguan Wanita gambar Irma sekeluarga....
Tidak lupa pengalaman beraya awal sehari
Ini pengalaman beraya awal sehari Hajah Rodziah Ismail ADUN Batu Tiga.
Akak juga ada kenangan yang tercipta pada tahun itu....
Jom kita kembali kepada tahun 1983... Zamantu pengumuman hari nak puasa dan hari raya adalah sesuatu yang dinantikan. Masatu juga bukanlah semewah sekarang yang semua orang ada televisyen di setiap rumah, masa nak tunggu pengumumantu ramai yang terlopong duduk depan tv. Kalau katanya esok kena puasa barulah bersiap nak pergi terawih. Paling syiok tunggu pengumuman hari rayalah. Kalau diumumkan esok hari raya barulah kelam kabut nak masak lemang dengan rendang boleh gitu.. Jadi suasananya sangat meriah... sangat merindui suasana cam gitu lagi...
Tak ingatlah macamana opah akak dulu simpan daging dan lain-lain benda yang cepat rosak sebab masatu bukannya ada peti aispun. Masatu yang akak tahu seronokjer sebab sepupu sepapat dahpun balik kampung.. Al kisah tahun 1983tu pengumuman oleh Penyimpan mohor besar raja-raja bahawa hari raya jatuh pada lusanya. Kenalah berpuasa lagi sehari dan esoknya sahaja baru di masakkan lemang dan rendang. Lepastu kedengaran pengumuman menerusi kereta bergerak yang Sultan Idris Shah (Sultan Perak ketika itu) mengumumkan anak bulan telah kelihatan dan Negeri Perak akan berhari raya esok hari...
Kita orang yang budak-budak kecik memanglah happy sesangat nak rayakan... sekali atuk akak kata ' kita tak boleh raya sebab kena ikut perintah Yang Di pertuan Agung'. Masa kecik dulu mana kita nak membantah lagipun lusa boleh gak berhari raya. Atuk akak imam masjid jadinya sebab dia berpuasa tentulah dia tidak dapat mengimamkan sembahyang raya. Perkara tersebut telah mengakibatkan atuk akak telah ditarik balik jawatan naib kadhi kerana ingkar perintah Sultan yang memerintah. Oklah jugak kalau tidak atuk akakni sibuk memanjang, bukan pasal orang nak berkahwinjer, suami isteri bergaduhpun datang mengadu.. Kalau tidur rumah atuk selalu juga tengah tidur orang datang ketuk pintu, masalahkan macam-macam.
Kiranya hari raya tahuntu sangat kelam kabut sebabnya kami masih menerima kedatangan tetamu untuk berhari raya walaupun kami sekeluarga berpuasa. Kami hidangkanlah biskut raya dan air sebab lemang dan rendang masih di atas api. Cucu-cucu opahlah yang tolong mengacau rendang tok yang menjadi menu wajib setiap kali raya sambil di awasi oleh bapa saudara. Dulu bukannya kacau atas dapur cam sekarangni, tapi guna kayu api... masatu ingat seronokjer. Isyh kelakar pulak bila diingatkan.
Kenangan berhari raya semasa arwah opah akak masih hidup memang tidak mungkin dapat dilupakan. Rumah opah akak macam rumah VIP kalau tengok dari jumlah orang yang datang. Memang tak menang tangan juga nak melayannyer. Tapi yang baguihnyer orang datang hanya ingin berhari raya dengan atuk dan opah sahaja jadi hidangan hanya rendang dan lemang juga biskut raya. Kebanyakan yang datang pula akan bawak kuih raya sebalang atau pun kuih raya yang bubuh dalam mangkuk tingkat.. Memang macam-macam kuih yang akan dapat kami rasa. Kalau dulu memang tak sempat nak berhari raya rumah orang sebab opah perlukan bantuan dari kami untuk menghidang dan membasuh pinggan. Masatu memangler bengang sebab tak boleh jalan-jalan sekampung macam orang lain tapi fikirkan balik memang kenangan terindah sebab tak semua orang boleh melaluinya...
Assalamualaikum
ReplyDeleteSalam ramadhan ke 23
singgah sini pagi ni :)
salam kak..sonok sy baca pengalaman akak ms tahun 1983 tu..tahun sy lahir tu kak....
ReplyDeleteSY BARU LAHIR KIKIKIKIKI ...
ReplyDeleteMEMORI BTL YER... TP DULU² MMG MCM TU KAN .. SUSPEN NAK TAHU BILA HARI RAYA...
raya zaman 80an 90an terasa lebih meriah berbanding skrg.Teringat zaman tu org kampung jiran2 berdekatan gotong royong buat dodol berkawah2.Dulu masa kecik raya pertama ,saya kena dok umah je coz kena tolong nenek layan tetamu.
ReplyDeletealamak x ingt la kak...umur bru 3 thun...:-)
ReplyDeleteeh ye ke kak...barulieya tau kak...hehehhehe...mmg kelam kabut laa kalo gitu jadinye kan kak...mase 1983 tu umur lieya baru setahun kak....
ReplyDeletekalo zaman skrang jadi mcm tu lagi sure kecoh satu malaysia kan kak hehehehe....
assalam zila..tahun 1983..tahun pertama acik beraya sebagai isteri orang...mula balik perak..suami nak beraya dengan mak dia..tapi..arwah mertua masa tu..marah kan anaknya..katanya kesian ngan mak acik..baru tahun pertama kawen dah beraya rumah mertua..jadinya..esoknya tu balik la kampung acik..
ReplyDeletedengar juga cerita perak raya dulu..
kalut jugak raya cam tu. Kenangan raya dulu tak sama cam sekarang. sekarang budak2 raya bawak gajet sana sini. Entah dia kenal ke tidak rumah siapa yg diaorang ziarah tu.
ReplyDelete19 may 1983 saya baru dilahirkan..
ReplyDeleteselamat berpuasa dan selamat berhari raya...
raya zaman dulu lagi best dari sekarang
ReplyDeleteCerita menarik!
ReplyDeletekecik sgt masa tu tak ingat pun thn 1983 tu. tapi mak ada jugak cerita. Seingatnya mak kata kami sefamili pun puasa jugak masa tu kak cho..huhu
ReplyDeletebest baca pengalamn ni.. Ros tak lahir lagi masa ni.. Tapi, pernah dengar mak ngan ayah cerita. memang kelam kabut sebab ada negeri yang raya, ada pulak negeri yang masih berpuasa...
ReplyDeletesaya baru setahun masa tu :p mak saya pernah ckp jugak yg ada sekali tu terjadi mcm ni kt kampung dia(besut, trg) sbb ada orang nampak anak bulan, dan beraya awal sehari. sabar jer la..hehehe
ReplyDeletesonok plak baca citer akak nih.. memang ade eh pengumuman raya yang berbeza gittu?? pertama kali dengar citer nih kak~
ReplyDeletemasa 1983 tuh zura baru jer lahir.
Dulu2 rayer mmg best kn kak xmcm skrg ni..time rayer skrg ni msti bdk2 duk dpn tv je...xrasa kemeriahan mcm dlu2...thn 1983 tu sy pn lum lahir lg...hehe...
ReplyDeletemasa tu umur sy br 3 tahun kak, tp zaman2 tu raya adalah supprise tak macam sekarang dah tau tarikh raya bila... yg beshnye mcm akak citer tu klu sok nak raya kelam kabut nak masak tuk juadah sok...tp tu la yg besh...smpi sanggup tak tido mlm...
ReplyDeletekenangan terindah sampai bila2 pun tak dapat nak lupa kan !
ReplyDeletedulu2 punya raya sangat meriah...ada kacau dodol..jln2 raya keliling kampung. tak risau ada penjenayah ke...perompak ke..sekarang ni takut jer kalau nk bagi anak2 keluar sorang2...
ReplyDeletewak pon penah gak pengalaman raya gituu.,ehHHHee
ReplyDeletetahun 1983, ema baru umur 2 tahun tak tahu apa-apa...hehehe..oh, yer ke masa tu ada beza jatuh hari raya...
ReplyDeleteseronok kan kalau kenang kembali susana raya dulu2..
ReplyDeleteowhhhhhh...ada kisah mcm tu rupanya ye k zila..sy baru umur stahun time tu :))
ReplyDelete