Cerita Syawal 1434 Hijrah kami

Sudah seminggu Syawal berlalu, maka sudah seminggu jugalah kita berhari raya. Ikutkan akak rasa tak puas sangat hari raya tahun ini, sebab apa yang dirancang tidak menjadi. Kita hanya merancang Allah juga yang menentukan.. Namun tetap gembira kerana Syawal kali ini kami dapat berhimpun kesemuanya di pagi hari raya. Dapat juga mengabadikan gambar kenangan seluruh isi keluarga kerana selama ini mesti ada satu atau dua orang yang tiada di dalam gambar.

Mungkin keluarga orang lain mudah untuk mengumpulkan adik beradik hatta sepupu sepapat sekalipun tapi keluarga akakni memang payah sesangat. Perjumpaan seluruh ahli keluarga akaknipun berlaku hanya sebentar dan selepas sessi bergambar dua adik akak balik ke kampung mertua masing-masing. Jadi tak dapat lama juga untuk kami berbual-bual adik beradik macam dulu-dulu. 

Syukur akak perjalanan balik ke kampung dan pulang ke Kinrara agak lancar kali ini. Akak balik kampung pada hari rabu seawal mungkin selepas bersahur. Akak kena cepat sebab nak tolong mak akak kemaskan rumah mana yang patut maalumler mak ngan apak akak tak segagah dulu. Balik ke Kinrara pula pada hari sabtu kerana ingin membersihkan baju juga nak serviskan kereta. Boleh juga kita beraya dengan keluarga sebelah suami pulakan... 

Ingatkan tahunni akak sempatlah untuk bersembahyang raya rupanya tak dapat juga sebab macam biasa akaknikan kelam kabut. Lagipun sembahyang raya di kampung akak agak awal sikit, tak terkejar dibuatnya. Lepas selesai sembahyang teruslah buat sessi bergambar... Syukur Alhamdulillah semuanya ada kali ini...
Adik beradik akak yang duduk dan ipar duai kat belakang ok..
Cucu seramai 12 orang kita bagi duduk atas tikar...

Hanya gambar sebagai kenangan, inilah keluargaku..
Walau jarang berjumpa namun ikatan kasih sayang kami tetap kukuh...
Kalau mendengar mereka sakit, diri ini turut terasa sakitnya..
Umpama cubit peha kanan peha kiripun terasa juga..
Anak-anak kamipun walaupun tidak selalu berjumpa sekali berjumpa
memang riuhlah rumah atuk di kampung..
Gambar di bawah yang nampak sangat formal untuk kenangan belaka...
Gambar keluarga akak tak perlulahkan dah kenalpun... 

Adik no 2 :: Bukit Jelutong, Selangor
Keluarga adik lelaki akak memilih warna hijau dan biru kot...
Saja pilih gambarni sebab suka tengok muka Muhammad menangis... 
Muka comel tapi garang, kuat menangis pulaktu... 

Adik no 3 :: Sitiawan, Perak
Keluarga adik lelaki akakni pula memilih warna tanah ler kot...
Cucu sulung keluarga kami Azril Aiman dahpun tingkatan 3...
Adik akak yang no 3ni kahwin cepat lepas habis ITM..
Itu sebab anak dia adalah cucu sulung keluarga... 

Adik no 4 :: Bercham, Ipoh
Keluarga adik perempuan akakni sesuka hati pilihkan anaknya warna putih....
Adik akak yangni pun kahwin cepat setahun dari akak tapi anak dia dah darjah 6...

Adik no 5 :: Tambun, Ipoh
Adik bongsu akak pula memilih warna kuning... 
Paling bongsu dan syukur dahpun beraya bertiga tahunni... 

Inilah keluarga akak yang tercinta... 
Syukur punya adik beradik yang tidak mementingkan diri sendiri... 
Boleh diharapkan waktu susah dan senang..
Terima kasih punya emak dan bapak yang sentiasa menerapkan rasa kasih sayang
sesama kami adik beradik... 
Air dicincang tak mungkin akan terputus...
Salam syawal yang ceria.... ceria... ceria... 

Comments

  1. Tahun depan saya nak bergambar macam nie lah sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah mcm tu lah yg sebaiknya dah ada keluarga sendiri pun masih x lupakan ibu bapa.. msh bersama beraya dgn adk beradik lain.. sbb syawal akan dtg belum tentu kt bertemu ...

    ReplyDelete
  3. seronoknya dapat berkumpul dan bergambar camni..meriah...:)

    ReplyDelete
  4. Meriah nampaknya..tgk gambar yg terhasil pun dah tahu famili akak ni baik baik semuanya.. Bagus komitmen...Semoga ikatan mesra ni kekal..

    ReplyDelete
  5. seronoknyer meriah sgt2..semua mmg turn beraya di rumah sebelah pihak akak ker..? bukan senangkan nak berkumpul ramai2..

    ReplyDelete
  6. wah!
    masing2 dah ada keluarga
    semua ceria...
    cantik belaka...

    ReplyDelete
  7. Bestnya semua dpt berkumpul, selamat hari raya

    ReplyDelete
  8. sungguh meriah.. masing pakai baju sedondon.. ni y suka di pagi syawal.. warna warni.. harap time perayaan camni je kt bekumpul & leh jumpa dgn saudara-mara/adik beradikkan..

    salam aidilfitri dari lya sekeluarga
    maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  9. best nyer dpt bergambar sekeluarga..tp sy? sob sob sob

    ReplyDelete
  10. masing masing bertema..

    selamat hari raya kak..

    ReplyDelete
  11. meriahnya dengan tema kaler masing2
    happy tengok.
    salam lebaran utk akk :)

    ReplyDelete
  12. Selali tiap2 tahun family wawa amik gambar macam family akak...tapi tahun ni x sempat amik gambar ramai2 sebab bz bebenor...pastu mula menyesal xde gambar ramai2...kena tunggu raya haji pulak la jawabnya :)

    ReplyDelete
  13. Seronoknya dpt bkumpul ramai2 walau kejapkan.gembira tgk anak2 bgembira bersama atuk nenek,pak sedara mak sedara n sepupu mereka.cantik2 gambar.suka tgk!sweet

    ReplyDelete
  14. nk kumpul semua mmg bukan senang.kami yg keluarga kecik ni pun ssh nak kumpul semua.lglah keluarga yg besar..yg paling penting ada ambar famili macamni..comel2 semuanya

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya n maaf zahir batin cho, meriah raya ini :)

    ReplyDelete
  16. Seronoknye... :-)
    Kenangan sungguh bermakna ni..

    Family saya pun susah nak bkumpul gini, tiap tahun ada aja yg kurang..tahun ni, sayalah yg kurang tu, tak dpt balik.. nasib la kawen org selatan, diri sdiri utara..hui..

    ReplyDelete
  17. Besar jugaklah keluaga akak ye, masing2 dah punya keluarga sendiri :D

    ReplyDelete
  18. Mana gambar akak satu family :-)

    ReplyDelete
  19. time nk bergambar paling seronok...
    macam2 gaya ada..suka sangat

    ReplyDelete
  20. cantik-cantik semuanya..

    ReplyDelete
  21. suka tengok potret 1 Syawal.. indah belaka.. tak puas tengok kan..
    mane pict family akak..

    ReplyDelete
  22. assalam zila..acik sejak mak ayah dah tak de..pagi raya baru dapat berjumpa semua adik beradik..jumpa dan berkumpul dirumah abang yang sulong

    ReplyDelete
  23. assalam zila..acik sejak mak ayah dah tak de..pagi raya baru dapat berjumpa semua adik beradik..jumpa dan berkumpul dirumah abang yang sulong

    ReplyDelete
  24. kami xberpeluang ambik gambar ramai2 tahun ni.banyak sangat halangan dan kerenahnya. berya rumah mertua ni lain sikit.

    ReplyDelete
  25. sgt colorfullll...suke2..hehehe...selamat hari raya kak ila..;D

    ReplyDelete
  26. seronok dapat kumpul ramai2 camni..pastu amik gambar sesama pulak tu..

    ReplyDelete
  27. Bestkan kak dpt kumpul ramai2 adik beradik..baru la lgkp 1 keluarga...adik badik sy yg dah kawin baru 2 org..tp adik no.2 stp thn mmg beraya belah suami di sbh..x merasa la kami nk bgmbr mcm ni..huhuhu..adik yg lain msh belajar x abis grade lgi..lmbt lg kot nk dpt gmbr ramai2 dgn anak msg2. Mgkin jgkla tgu umur sy 40an kot baru merasa frame gmbr mcm k.cho..insyaallah ;)

    ReplyDelete
  28. Memang susah nak dapat kumpul ramai2 camnie ... Saya adik beradik x dpt kumpul bersama tahun nie ... Tak leh nak ckp ape, masing2 ada komitmen ... Sedih, tapi redha jelah nak wat camner ... Tak leh nak mementingkan diri sendiri jer ...

    ReplyDelete
  29. semua family ade tema kan...

    ReplyDelete
  30. sukanya tgk. gambar terang dan cantik sgt..

    ReplyDelete
  31. yeaayyyyyy!!! k zila..dh tau dh mana 1 anak buah akak yg skolah kt sini..nama dia marcellakan?sy ajar dia HE :))

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts