Pengenalan Bukit Fraser

Sambungan cerita cuti sekolah Atikah dan Azalia iaitu kami pergi ke Bukit Fraser, kita mulakan dengan berkenalan dengan Bukit Fraser . Kami memillih Bukit Fraser kerana kami tidak mahu bermalam hanya percutian sehari. Keduanya kami ingin ke tanah tinggi untuk mendapatkan udara segar dan dapat bercuti ala-ala luar negeri... Pilihan tepat adalah  Bukit Fraser  yang juga dikenali dengan 'The Little England'  di sebabkan bangunan yang ada di situ adalah tinggalan orang British, sangat klonial.. Cuaca di sinipun amatlah selesa untuk kita tak terlampau sejuk dan tidak panas yang penting berangin. Cuma nak sampai ke atastu adalah sangat bercinta. Bak kata dik Ya, " Dik Ya suka Bukit Fraserni tapi tak suka jalan dia". Samalah dengan ibu wahai dik Ya....

Antara info tentang Bukit Fraser yang akak dapat dari sini :- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TerapialamdiBukitFraser
INFO: Bukit Fraser
1) Bukit Fraser terletak di Banjaran Titiwangsa pada ketinggian 1,524 meter dari aras laut dikenali sebagai destinasi percutian tanah tinggi yang amat unik dengan mengekalkan konsep Inggerisnya, Little England.

2) Nama Bukit Fraser diabadikan dari kisah pengembara Scotland, James Louis Fraser yang dikatakan hilang dalam belantara di kawasan tanah tinggi.
3) Sejak dibuka sebagai penempatan sekitar 1890-an, banglo penginapan tetap mengekalkan gaya dan suasana kehidupan sederhana desa nggeris dengan suhu dingin sekitar 17 hingga 23 darjah celsius sepanjang tahun.

4) Rumah penginapan Ye Olde Smokehouse menyediakan penginapan ala Inggeris dengan suasana romantik sejak 1937.

5) Hampir 20 banglo peninggalan Inggeris kini menjadi tumpuan pelancong untuk dihuni selain beberapa apartmen bagi menampung jumlah kehadiran tetamu.

6) Pengunjung boleh berkunjung ke tasik Allans Water menikmati flora, memanah, woodball dan menunggang kuda di The Paddock.

7) Dihuni lebih 250 spesies burung tempatan, Bukit Fraser turut menjadi destinasi persinggahan burung-burung migrasi dari Siberia sebelum ke Australia dan New Zealand terutama pada Mei hingga Jun setiap tahun.

8)Sebagai syurga pencinta burung selain Taman Negara dan Kuala Gula di Perak, antara spesies burung yang biasa dilihat di Bukit Fraser termasuk helang berjambul (spilornis cheela); burung matahari gunung (pericrocotus solaris); rimba murai bukit (alcippe peracensis); kelicap gunung (aethopyga saturata) dan belatuk besar jambul kuning (picus flavinucha).
9) Bukit Fraser turut menjadi habitat bagi sejenis labah-labah tropika, theraphosidae.


SELAMAT DATANG KE BUKIT FRASER
tanda kita dah sampai ke puncak...
Sejarah yang terpahat di sini...
Papan tandani adalah tenpat Henry Gurney dan rombongannya
ditembak oleh penganas komunis...
Selamat Datang Ke Fraser Hill ini kawasan Selangor...
Ini belum sampai lagi GAP (akak pun tak tau apa benda GAPtu)
Gambar bangloni sebelum sampai ke GAP
Ada jambatan gantung di depannya, cantik ambil gambar..
Konon nak singgah waktu turun,
rupanya model tidur so tak dapatlah...
Banglo ni dah tak digunakan lagi rasanya...
Sumber dari http://www.fraserhill.info/gap-rest-house.htm ~ The Gap Rest House is a large Tudor bungalow that overlooks the trunk road from Kuala Kubu Bharu, perched on a slope just before the Gap Road entrance gate to Bukit Fraser. A popular hotel run by the government in the eighties and nineties, it was closed momentarily for a refurbishment exercise in the twenties, but work mysteriously stopped as it neared completion. Today, it remains unfinished; the paintwork still looks new and the walls remain intact, but the halls and rooms inside lie in disarray, strewn with broken glass windows and scattered tiles. Unfenced, it's a curious attraction for visitors to explore while waiting at the Gap, perhaps to reopen one fine day.
Disinilah GAP bermula...
Permulaan jalan sehala, yang ini hanya untuk naik....
Sebenarnya sebelum sampai GAPtupun kita dah rasa nak pening
Today, scheduled traffic or one way driving restriction uphill had been abolished, so you can go up the hill anytime. No vehicles are queuing at The Gap anymore. Don't say I've never warn you, the last 10-km road is pretty winding, expect motion sickness and nausea to be possibly experienced ~ sumber dari  http://www.mywisewife.com/
Inilah rupanya jalan sepanjang 8 km dari GAP ke puncak...
Hanya sebiji keretajer boleh lalu...
Jalan macam ular kena palu...
Nasiblah anak-anak tidak muntah...
Jumpa tulisan FRASER'S HILL masa kita turun ...
masani model akak dah tidur, tak bolehler nak posing....
ada gak yang rajin berhenti untuk bergambar....

AKHIR KATA : Untuk yang ingin bercuti dengan bajet ciput macam akakni bolehlah datang ke Fraser's Hill ini. Boleh juga datang balik harijer tak payah nak bermalam macam akak. Tapi kalau nak bermalam kenalah bersedia lebih sikit untuk memenuhi aktiviti di sini supaya anak-anak tidak bosan... Akak tengok mat salleh ngan orang Jepun ramai kat atasni sebab nak buat kajian rasanya. Entah apa yang diaorang terbongkok-bongkok siap dengan kamera panjangnya. Rasa rugikan diaorang datang ke sini untuk buat kajian yang kitani buat tak nampakjerkan... 

Comments

  1. saya pernah p sekali jek kak ke sana...tu pun dapat sewa murah kat rumah persekutuan...

    tapi kan, kat atas tu takde apa yang menarik sangat macam ch tu...tapi sejuk dia boleh tahan jugak kan...

    ReplyDelete
  2. tak pernah sampai lagi..cepat update entry kak..xsabar nak tengok gambar..hehe

    ReplyDelete
  3. jalan nya mmc cm tu eh.mcm menyeramkan je.

    ReplyDelete
  4. dah bertahun tak ke sana....tapi masih seperti dulu juga kan....

    ReplyDelete
  5. wah, akk mcm informer bkt fraser pulak ye ;-)
    hopefully akn smpi ke sini suatu hr nnt

    ReplyDelete
  6. tak pernah sampai lagi ke sini..
    boleh gi balik hari eh??
    sejuk x suhu kat situ kak?

    ReplyDelete
  7. apa lagi ada kat atas sana kak?

    ReplyDelete
  8. Biasanya begitulah Zila. Org jauh susah-sush dtg nak buat kajian yg kita ni enjoy tak fikir pun nak kaji apa...

    ReplyDelete
  9. lama sungguh x pg sini

    ReplyDelete
  10. Alamak kalau jalan gupe ni cornfirm anak alynn mabok muntak2 bagai..huhu..last year g cameron br nak mendaki dah muntah huhu..

    ReplyDelete
  11. Tulahkan Orang putih ni macam ye ye je... tah apa yg disnap agaknya...pelik kita dibuatnya....
    Bolehlah untuk jalan-jalankan CZ....

    ReplyDelete
  12. tempat bersejarah jugak le..kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts