Penutup Bukit Tinggi Pahang
Kalaulah entry di bawah akak tak buat draf semalam mungkin
tak mampu akak nak menulis di blog hari ini...
Harap perkara ini akan dapat berakhir dan kehidupan akan jadi lebih baik....
Bacalah entry penutup aktiviti jalan-jalan kami di Bukit Tinggi....
Selepas ada pembukaan mesti ada penutupnyakan.. Untuk menutup pengalaman indah kami di Bukit Tinggi Pahang di senaraikan panduan menurut akak, walaupun tempattu keciljer... Sudi-sudikanlah membacanya...
1) Cara sampai ke Bukit Tinggi
Mudah untuk sampai ke sini kerana banyak papan tanda untuk memastikan kita tidak sesat. Kalau dari Kuala Lumpur teruskan perjalanan kita ke Lebuh Raya Karak dan bayarlah tol RM5.00. Simpang ke Bukit Tinggi adalah selepas kita melalui terowong Genting Sempah. Kalau nampak papan tanda Kampung Bukit Tinggi jangan masuk ok dan teruskan perjalanan sehingga kita nampak simpang menunjukkan arah ke Bukit Tinggi - Berjaya Hills. Lepas pondok pengawal nanti ada satu simpang untuk menghala ke Colmar Tropicale. Sangat mudah...
2) Bayaran yang dikenakan
Untuk Colmar Tropicale dan Taman Jepun
DEWASA = RM12
KANAK-KANAK = RM8
( kalau kita menginap di hotel bayaran ini akan dipulangkan kembali)
Untuk Taman Arnab
DEWASA & KANAK-KANAK = RM3
(tempat letak kereta = PERCUMA)
3) Hotel untuk bermalam
Banyak juga hotel untuk menginap di Bukit Tinggini antaranya ialah Colmar Tropicale French Theme Resort, The Chateau Spa & Organic Wellness Resort juga Berjaya Hills Golf & Country Club. Rasanya harga bilik di sini boleh tahan mahalnya hasil carian akak di internet, tak der pengalaman sebenar. Kebanyakan kawan blogger kita menempah menerusi Agoda yang dikatakan lebih murah. Entahlah belum terfikir nak tidur sini...
Akak pernah buat cam gini tidur di Genting dan lepas check out akak pergi sini. Ok jugaklah... Tapi kalau ada lagi lain kali akak nak tidur kat Janda Baik pulak...
4) Tidak perlu bermalam
Sekiranya kita hanya ingin merakamkan gambar macam akakni tidak perlulah untuk menempah hotel bagai. Untuk perkampungan Perancistu kita hanya memerlukan masa lebih kurang 45minit ke sejam sahaja bergantung kepada mood model. Untuk Taman Jepuntu pulak masa yang diperuntukkan pun lebih kurang sama atau lebih sedikit kerana terpaksa mendaki dan banyak tempat untuk disinggah. Yang Taman Arnabtu sekejap sangat sebab tempatnya bukan besar manapun.
5) Sejuk tak?
Tempatni bukanlah tinggi manapun jadi jawapannya tidaklah sejuk sangat tapi cuacanya nyaman. Dapat menghirup udara segar yang payah nak kita jumpa di Kuala Lumpurni.. Tak payahlah nak propa bergambar dengan baju tebal, takder maknanya semua itu. Tapi kalau bermalam di sana mungkin memerlukan kita membawa baju sejukkan...
6) Sediakan payung sebelum hujan..
Sesuai tak peribahasa di atas dengan persediaan kita sebelum ke sana dengan penuhkan perut kita sebalum naik ke atas. Akak dah siap bawak bekal air mineral.. Azalia cakap nanti kalau dia datang lagi ke sana dia nak sandang beg sendiri dan nak bawa coklat, roti, air mineral, payung atau baju hujan dan tuala kecil.. Gitu betapa hebatnya perancangan anak akak yang sorangni..
7) Aktiviti yang boleh dijalankan di sini.
Sebenarnya banyak tau aktiviti selain dari bergambar di Colmar Tropicale, Taman Jepun dan juga Rabit Park. Kalau pergi lagi ke sini dan anak dah besar sikit mungkin akak akan mencuba melakukan aktiviti yang lebih mencabar seperti Flying Fox yang dikhabarkan buat masa ini terpanjang di Malaysia (lebih kurang 900m). Tengok juga banner dia sepanjang jalan nak ke Colmar Tropicale, teruja juga hati akak nak mencubanya.
Aktiviti lasak lain yang juga boleh didapati di sini ialah Paint Ball, Wall Climbing, Abseiling, Canopy Walk dan High Rope Obstacle Course. Tempat aktivitini di persimpangan antara Taman Jepun dan Colmar Tropicalejer...
Sebenarnya ada juga aktiviti yang akak tak tau kat mana tempatnya tapi tertera dalam risalah seperti menunggang kuda, permainan sukan seperti bowling, badminton, skuash dan tenis. Kalau duk hotel dia kolam renang juga ada di sediakan... Sewa basikal juga ada di sini, tak bertanya pulak berapa.
Ini antara aktiviti tak berfaedah yang membuang duit sebab 1 token berharga RM2 dan kebanyakan game menggunakan 2 token untuk satu kali... Mahalkan.. padahal kalau yang kat atastu Giant Kinrara adalah percuma sahaja. Tengoklah muka boring budak dua orangtu...
Kesimpulannya, kalau ikutkan percutianni dimanapun best janji hati kita happykan.
Kalau kita fikirkan susah maka akan jadi susah, kalau fikirkan gembira maka jadi gembira...
Lagipun kita bercutilah mengikut kemampuan yang ada.....
Percutian yang ringkaspun boleh jadi bermakna kalau
kita lakukan dengan hati yang gembira...
Kalau tak pernah sampai sini bolehler pergi sekali....
Kalau tak pernah sampai sini bolehler pergi sekali....
nanti boleh pergi..nak bergambar kat Untuk Colmar Tropicale dan Taman Jepun tu...
ReplyDeleteboleh masukkan dalam list cuticuti ni..
ReplyDeleteKami last p sana 2 thn lepas x silap kak..
ReplyDeleteTp tumpang tido umah member Em masa keje produa dlu dkt bkt beruntung..
Kami naik Bukit Tinggi blk hari jer..
Aqil suka p taman arnab tu..
Sakan ngejor arnab.. ;D
Btol kak kemanapun kita bercuti bila pegi dgn yg trsyg bahagia rasanya.. :D
setuju kak...yang penting kualiti masa bersama keluarga...tak kesahla dekat ke jauh ke...kan???
ReplyDeletebest kan
ReplyDeletesalam,k'zila..pernah pegi sni msa anak yg sulung umur setahun :)
ReplyDeletewow..lps ni sy boleh la ke sini..akak da kasi byk info..
ReplyDeletelast ke sini masa kursus beberapa tahun lepas. scary!
ReplyDeleteThanks for the tips kak. harap2 bley jejak sini satu hari nanti.
ReplyDeletethanks for sharing the info =)
ReplyDeletenak ajak housemate la pg colmar tu...hihih
ok, tq so much for sharing this ye !
ReplyDeletebyk juga tempat yg best2 kat sana.... bayaran masuk pun xdelah mahal mana... bestnyaaa
ReplyDeletethanks kak untuk info ni :)
ReplyDeletetak sangka ada taman arnab, sbb tak pernah pi
:D
p/s: 1st time melawat blog akak :D
Bila lah kiteorang ni nak sampai ke sini, padahal bila balik ke Lips sokmo2 lalu sini. :)
ReplyDeletenak berjalan nie semua kena duit , x der duit susah juga .. gerak keter duit , semua duit ..
ReplyDeletebila nak bercuti memang berkira2 utk tahu budget yg ada .. soo memang kena ikut kemampuan kan ;)
akak x pernah sampai lagi bukit tinggi , memang terasa nak pergi huhu
teringin nak pegi la, asik tgk org pi je hihi
ReplyDeletepercutian berkualiti yg penting hepi kannnn...CiM lom pensh gi bkt.tinggi. insyaAllahbakn plan kesana soon.
ReplyDeleteactually CiM n hunny lbh suka laut n pulau, next kena try jugak cuti2 tpt tinggi.
tgk mcm best je kak,in sha Allah, harap2 ada la rezeki suatu hari smp bukit tinggi nti..
ReplyDeletesetuju mana tmpt kita pergi bercuti pun klu bersama org tersayang n kita menikmatinya tentu jadi best..
ReplyDeletepernah smp bukit fraser jer sbb kursus kt sana
Teringin nak p
ReplyDeleteBleh masukkan dlm list cuti2 :)
Dulu masa hanimun gamble je ke situ, hotel dlm 4rat, tp Gov rate tinggal la dlm 2 rat. Pengantin baru kan masa tu, apapun sanggup..hahaa
ReplyDeleteKenangan betul..
best best!...last saya pergi masa aleesya kecik kot.so belum bawak aaron lagi.harus ni ...
ReplyDeletebetul tu kak bercuti kat mana2 pun best asalkan semua org happy
ReplyDeleteyang penting happy...semua tempat menarik kak....
ReplyDelete"Lagipun kita bercutilah mengikut kemampuan yang ada.....
ReplyDeletePercutian yang ringkaspun boleh jadi bermakna kalau
kita lakukan dengan hati yang gembira...". Saya suka dengan words nie..Setengah orang kata 'tak ada apa lah'...walaupun saya pernah ke Paris, London dan lain-lain..tapi saya enjoy walaupun ke Bukit Tinggi..
info " attaractions at Berjaya Hill" tu..sangat berguna...thanks..
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.