Jane Jamilah ~ akak suka
Tak sangkalah pulak entry butik Najjah tu ramai yang nak tengok baju yang akak beli.. maluler biasa-biasa aja tau tapi akak suka. Nanti akak tunjukkan yerk...
Siapa tengok cerekarama tajuk Jane Jamilah malam minggu lepas angkat tangan? Akak tertengok dan terus tersuka.. memang sukaler ceritani sebab lain dari yang lain. Teringat kata jiran sebelah rumah akak masa akak tanya dia "awat abang Ajakni suka beno nengok cerita tamil?". Yalah tiap kali akak datang rumah dia mesti dia tengah tengok cerita tamil. Katanya "aku menyampah tengok cerita melayuni , suka beno ngajar bini melawan cakap suami, cakap kasar ngan orang tua , kalau ada masalahjer nak cerai... bla! bla! bla!".. memang tak menang kalau cakap dengan dia...
Ehm.. mungkin ada benarnya. Tapi cerita Jane Jamilahni lain sikit banyak pengajaran yang boleh diambil iktibar. Dalam ceritani Jane telah berubah demi kebahagiaan rumah tangganya. Mengalah bukan bererti kalah, namun banyak kebaikan yang diperolehi. Mungkin kita boleh menasihati orang lain tapi kena batang hidung sendiri memang sukar untuk kita berubah.
Rasanya banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari cerekarama Jane Jamilah kerana pasang surut dalam perkahwinan adalah biasa. Kita mungkin rasa masalah kita yang paling teruk padahal setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Tengok cerekaramatu macam terkena batang hidung sendiri terutamanya kurang bersms, kurang berbincang dan tidak bersungguh untuk memahami suami sendiri.
Sinopsis Sinopsis Jane Jamilah TV3
Jane Jamilah mengisahkan seorang isteri yang terpaksa menjadi pelajar kolej semula semata-mata untuk mengintip suaminya yang mempunyai kekasih baru iaitu seorang pelajar kolej.
Adegan mengintip itu menimbulkan kelucuan antara mereka bertiga. Ceritanya mengisahkan Jamilah (Sofia Jane) adalah seorang kolumnis yang selalu menghabiskan masa bersama kawan-kawannya, Has (Amyza Adnan) dana Aziah (Shiela Rusly).
Pada masa sama, dia juga terlalu fokus kepada kerjanya sehingga mengabaikan hubungannya dengan suami, Khalid (Shamsul Ghau Ghau) yang memerlukan perhatian daripadanya, menjadikan hubungan mereka dingin.
Ketika Jamilah sibuk mahu menyiapkan artikel terbarunya, dia kekeringan idea lalu mengajak Has dan Aziah keluar membeli-belah bagi melepaskan tekanan. Namun tekanan Jamilah semakin bertambah apabila dia terserempak dengan Khalid bersama-sama perempuan muda. Jamilah tidak mahu bersikap terburu-buru dengan menyerang mereka.
Baginya sebagai orang yang terpelajar, dia harus mendekati kekasih suaminya itu. Jamilah mendapat maklumat melalui facebook, kekasih suaminya itu masih menuntut di kolej dan menjalani praktikal di pejabat suaminya. Bersama dua rakan baiknya, Jamilah menggunakan nama samaran Jane kembali ke kolej untuk mengambil kursus jangka pendek dengan tujuan untuk mengenali kekasih suaminya yang bernama Diana (Hanez Suraya) itu dengan lebih rapat.
Walaupun hatinya sakit apabila Diana menceritakan perihal keintiman dia dan suaminya, namun Jamilah mula menyedari dia sendiri tidak mengenali suaminya seperti Diana. Sejauh manakah kesabaran Jamilah dalam menangani masalah rumah tangganya ini. Adakah dia akan mengalah?
Akak tengok Jane Jamilahni dengan Azalia memang tergelak kami tengok ceritani. Tapi dalam gelaktu ada sesuatu yang boleh di ambil iktibar.. Merenung kembali diri sendiri terasa banyak yang perlu dibaiki.
betul tu..harus tunjukla baju tu yer..hehe
ReplyDeleteala, taklayan plak citer ni...so taktau ler citer nye..hiks
alahai tak tgklah citer tuh tak sempat bz ngan open house...ramai kata best
ReplyDeletebetul2
ReplyDeletekty pun ada tgk..mmg besh.
ReplyDeletelagi dah lama tak tgk sofia jane berlakon..
apa2 pun ... i ok jerr..hehehehehe
ramai kata cerita tu kelakar.. tapi tak tengok pun huhuhuhuhu....
ReplyDeletetgk separuh je..pastu tv tgk saya..
ReplyDeletetp best citer tu..;)
setuju... tp selalunyer yg realiti, walau dh tau salah menganggu, makwe suami tu selalunyer takde nk mengalah n undur diri... makin galak adalah hehehhe
ReplyDeletealamak x layan la plak cite ni..hikss
ReplyDeleteHi, even though my bahasa sebelum Merdeka, I enjoyed reading your interesting posting.
ReplyDeleteYou have a nice day, and keep a song in your heart.
Lee.
ada betulnye cite tu kan..bahaya kalau kurang communication in marriage kan....
ReplyDeleteSalam Cho, Me tgk cite ni last week, cite ni ade isi, n beri kite pengajaran, utk suami2 n isteri2 yg de skandal2 ni.. patot nak selesaikan masalah kene la cara yg profesional... kan.. kan.. bukan main serang hendap je.. salah tu..
ReplyDeletehehehe.. jadi lah isteri yg bijak dlm mengatasi masalah umah tangga..huhuhu...
saya kot tak setabah jane.. hahahah
ReplyDeletemau perang dunia dulu kalo gitu.. hahahah
lya x layan pon citer ni..sbb maraton drama adam hawa episod 1-9 kat u-tube..
ReplyDeletetak tengok sebab g beraya hehe...tgk iklan je
ReplyDeletesofea jane berlakon kan..
psst cho try sental ngan limau purut mana tahu rasi ngan cho..
sy pun org perak ;) kuala kangsor hubby org ipoh
Layan sampai abis ceta nie dengan hubby.... bila habis ceta.. hubby tanya "kalau saya buat macam 2, apa awak akan buat... ikut cara jane ke cara aziah (kwn jane)?" hahahha....
ReplyDelete