Al-Fatihah untuk sepupu akak

Pagi tadi terkejut membaca status adik ipar akak yang Yong Jah meninggal dunia kerana kanser. Masa perjumpaan keluarga kami hari raya yang lepas memang dikatakan yang dia tidak sihat. Tapi semasa akak bersalam dengan dia tidaklah kelihatan dia menderita sakit yang teruk, cuma dia tidak banyak bercakap.

Oleh kerana sepupu sebelah bapak akak tidak rapat sangat tidak banyaklah kenangan yang boleh akak coretkan. Tapi akak tahu dia adalah tonggak kekuatan keluarga Wah Timah kerana dia adalah anak sulung yang sentiasa membantu adik-adiknya. Dia memang insan yang kuat semangat dan sentiasa memberikan galakan kepada adik-adik dan anak saudaranya.

Yang paling akak tidak dapat lupakan sebenarnya tentang Yong Jah ini ialah dia sendiri yang buat kek dan icingkan kek untuk majlis perkahwinannya. Maalumler pada zaman itu tidak ramai orang melayu yang pandai buat kek, kedai kekpun tidak banyak... Kagum akak masa itu dan berharap akak boleh jadi sekreatif dia.

Al-Fatihah untuk Puan Khadijah , semoga dihimpunkannya bersama orang beriman dan beramal soleh... Setiap yang hidup pasti akan kembali menghadapNYA yang Esa.
Yong Jah yang memakai baju kuning barisan tengah empat dari kiri. Sebenarnya perhimpunan keluarga besar Talib dan Siti Som adalah idea adik Yong iaitu abang Ta yang menghidap penyakit sekian lama. Katanya dia nak merasa biarpun sekali perjumpaan keluarga ini direalisasikan takut dia tak sempat. Namun kuasa Allah melebihi segalanya, kakak dia  pergi dulu menghadap Illahi.

Sebenarnya keluarga Wah Timah ini telah menghadapi banyak cabaran, kalau tengok gambar ada seorang ahli keluarga yang berkerusi roda yang akak panggil Yang Ba. Dia telah mengalami penyakit yang tiba-tiba sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai nurse. Kalau ingin diceritakan memang panjang .. hanya akak mohon Allah memberikan kekuatan kepada mereka menghadapi ujian ini. Al-Fatihah sekali lagi kepada sepupu akak Puan Khadijah.

Comments

  1. takziah buat keluarga arwah.. al-fatihah dan semoga arwah di tempat kan bersama golongan yang beriman... amin..

    walaupun tak banyak dapat di ceritakan.. still ada 1 kenangan manis dia tentang kek hari perkahwinannya yg akak ingat kan.. :)

    ReplyDelete
  2. Takziah dan alfatihah.....

    ReplyDelete
  3. semoga arwah aman di sana

    ReplyDelete
  4. salam takziah...al-fatihah buat arwah

    ReplyDelete
  5. salam takziah....semoha rohnya ditempatkan dgn org2 beriman.alfatihah....

    ReplyDelete
  6. salam takziah dan al-fatihah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts