Penampilan baru dengan azam baru

salam semuanya.... Pada 7/1/2010 saya membuat perubahan rupa bentuk blog saya yang dah jadi caca merba disebabkan perubahan "try & error" saya selama ini.. suami saya selalu merungut akan ketidak sempurnaan blog saya itu. Ini adalah kerana saya mempunyai masalah untuk berlamaan melayan blog disebabkan komputer di ofis saya tidak dapat menampung blogger, tapi syukur Alhamdulillah komputer itu tidak mempunyai masalah dengan fotopages. Saya cuma dapat sekali-sekala melayan blog kalau bos kecik saya keluar maka saya bermaharajalela di komputer dia tapi masa itu juga terpaksa dibahagikan untuk mengedit gambar, melayan forum dan macam-macam lagi yang tidak boleh disempurnakan oleh komputer ofis saya. Alahai kesian pulak rasanya dengan keadaan saya ini... Tapi kini hadirnya tahun baru ini rasanya banyak masalah ini dapat diselesaikan, Insyaallah.

Syukur Alhamdulillah pada 31/12/2009 yang lepas kami memutuskan untuk mengambil celcom broadband untuk kemudahan kami sekeluarga.Konon-kononnya untuk Atikah dan Azalia belajar tapi yang sebetulnya ibu dan ayah dia yang terlebih sudah. Tapi saya memang suka sangat sebabnya bolehler Atikah belajar ABC online macam kat starfall, kindersay . Budak dua orangni memang teruja sesangat dan semalam belajar baca alif ba ta kat perjalanan suci.. semoga internet ini membawa kebaikan kepada keluarga kami dan janganlah hendaknya sia-sia belaka...

Lupa nak cerita di blog ini yang Atikah sudah mula masuk tadika tapi di fotopages kami ada diceritakan kisah Atikah masuk kelas percubaan selama 3 minggu pada Disember lepas di sini :- Tadika Permata Riang untuk Atikah. Jadi Atikah tiada masalah menyesuaikan diri semasa sesi tadika sebenar bermula.

Ini pulak gambar Atikah dengan baju sukannya dan yang bengangnya ialah baju sekolah dia boleh tak siap lagi sedangkan pengetua berjanji untuk memberinya pada hari rabu minggu lepas (itupun dah kira lewatkan,ini dah minggu kedua). Apa-apapun saya berharap Atikah akan terus berminat belajar sesuai denagan kemampuan dia, harinipun demam masia nak ke sekolah. Saya dah risau takut-takut cikgu dia suruh balik tapi okler dia cakap harini belajar mewarna .

keceriaan Atikah dengan baju sukan dia, dan kalau boleh nak pakai har-hari

Comments

  1. seronoknya tgk gelagat budak-budak baru nak masuk sek pelbagai ragam baru yang dapat tengok..hehehehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts