Selamat datang 2010....


Saya tak mengharapkan apa-apa yang mungkin tak tercapai dek akal dan fizikal saya namun seperti tahun yang sudah-sudah pastilah saya ingin menjadi lebih baik dari sekarang ini... semoga saya akan lebih berjaya....

Ini cerita hujung tahun lepas iaitu pada 31/12/2009 iaitu hari terakhir yang sepatutnya saya telah dapat melihat hasil yang telah berlaku sepanjang 2009. Saya tidak dapat terlalu berbangga dengan apa yang telah berlaku namun sekurang-kurangnya saya telah berusaha dan hanya berharap saya tidak akan mengulangi kesalahan-kesalahan dahulu...

Okler tinggalkan cerita-ceriti itu tapi hanya ingin bercerita tentang kisah kami anak beranak yang berkunjung ke Aquaria KLCC sebagai penutup xtvt sepanjang tahun. Syukurlah tertunai hajat untuk membawa Atikah dan Azalia ke sana walaupun sedikit kecewa kerana Azalia kurang bekerjasama dan sedikit meragam. Tengok sahajalah dia asyik nak berdukung sepanjang di sana dan paling tak syiok ialah susah nak ambil gambar dia tapi tak kisahler kan. Rasanya saya hanya akan berkunjung ke Aquaria hanya selepas diaorang besar sedikit kerana rasa macam tak berbaloi dengan harga tiket, elok lagi pergi ke Pusat Sains Negara yang lebih murah tiketnya yang juga ada akuarium dan lebih berpengetahuan... keh! keh! cakap orang kurang duitnyer...

Tengokler budak comel dua orangni yang sekejap excited sekejap lagi boring dan merungut.. memang memenatkan...

Comments

Popular Posts