Ramadhan datang lagi

Subhanallah .. sedar tak sedar dah menghampiri Ramadhan kita. Begitulah masa berlalu tanpa disedari dan kedatangan Ramadhan memang mengujakan kerana satu bulan ini keadaannya begitu berbeza dari waktu yang lain. Namun masihkah kita ingat lafaz niat puasa Ramadhan supaya perjalanan puasa kita akan diberkati dan diterima oleh Allah s.w.t. Oleh itu diperturunkan lafaz niat puasa boleh juga menjadi catatan buat anak2 akak suatu hari nanti, mak ooi!!
Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan: نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
"Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Taala"

Lafaz Niat Puasa: نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala".

Akakni memang dah jadi tabiat gamaknya setiap kali puasa nak jugak bukak buku nak baca niat puasa sebulan Ramadhan sebab macam tak confident dengan diri sendiri maalumler setahun hanya sekali.. tapi niat tiap-tiap hari tu ok. Jadi dikesempatan ini akak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan & semoga ibadah kita akan diterima olehNya...




Puasa jangan tak puasa tau... kerana banyak manfaat yang diperolehi dan antaranya ialah:-

♥ Puasa membuang racun :- Berpuasa selama 30 hari dapat membuang racun pada tubuh melalui kolon, ginjal, paru-paru, kelenjar dan kulit. Sepanjang masa makanan tidak masuk ke dalam tubuh, lemak akan bertukar menjadi tenaga akan melepaskan zat kimia yang berasal dari asid lemak ke dalam sistem dan keluar melalui organ pembuangan.
♥ Puasa menurunkan Berat Badan ~ ini nak dengarnikan... Tubuh secara automatik mencari sumber tenaga yang semakin berkurangan selama kita berpuasa iaitu lemak . Wow ini sudah baguihkan tak perlulah kita menghabiskan duit kita ke pusat perlangsingan namun beringatler pulak masa berbuka tu janganlah terlebih sudah!! dahler pahalapun kurang berat badan bertambah lagi adalah...

Ada lagi macam2 manfaatnya cukuplah yang duatu sebab rasanya itupun memadai rasanya. Namun jangan lupa bersahur yer.. jangan malas-malas tau ini penting sekali..

Dari 'Amru bin Al-'As r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w "Perbezaan di
antara puasa kita (Muslim) dengan puasa ahli kitab ialah makan sahur". (Riwayat
Muslim).

Teringat kecik-kecik dulu emak memang penatlah nak menyuruh kami bersahur dan kalau boleh nak makan sambil tidurjer... tapi mak akak memang memberatkan soal bersahurni. Rasa2nya bersahurni akak hanya menyediakan nasi goreng dengan lauk samada telur dadar, ayam goreng, ikan masin @ nugget. Sekali-sekali makan roti arab dan bubuh di dalamnya salad, tomato, karot, timun dan juga ayam (dicarik-carik)atau sardin atau tuna... best pulakni, tak sabar nak puasa...

Oklah rasanya semuapun dah tak sabar nak menyambut Ramadhan dan semoga kita akan memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan beribadat sebanyak mungkin dan semoga Ramadhan ini akan menjadi permulaan baru kepada kebahagiaan dan kesejahteraan kita semua....


Takaful Gaya Terkini
CHO ZILA 019- 210 4240


Comments

  1. selamat berpuasa... semoga ramadhan tahun ini memberi seribu keberkatan kepada kiter

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan al-mubarak..
    nice info ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts