Embun terbakar.. apa sudah jadi...

Tak ingat bila tertengok cerita Embun Terbakar kalau tak silapler yang mengisahkan tentang anak yang derhaka kepada ibunya dan sukar untuk melahirkan anaknya sehinggalah ibunya datang memaafkan apa juga kesalahan anaknya itu... Sedih sebab anak derhaka itu meninggal dunia selepas dapat melahirkan anaknya yang comel sangat (anak sapaler tu... ) tapi nasibler ibu dia cakap ain tak der salah apapun dengan ibu. Ya Allah moga akak dapat menjadi anak yang baik dan dapat membalas jasa mereka yang tidak terhingga...
Teringat pulak kisah2 masa nak melahirkan 2A dulu, memang sebelum nak beranak tu dah mintak maaf berkali2 pada suami dan emak/apak juga kedua2 mertua.. Takut jugak sebab selalu jugak mendengar cerita perihal kesukaran untuk melahirkan sekiranya ada kesilapan dan keselahan yang dilakukan sebelum ini. Bila masuk bulan Ogos kenangan semasa mengandungkan Azalia bertandang lagi, teringat-ingat saat2 doktor cakap " masuk wad yerk".. Akak ingatkan okler sebabnyer dua minggu sebelum itu dah dimasukkan wad selama 3 hari dan kalini mungkin selepas keadaan kembali stabil akan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.. Rupanya tekaan akak meleset sama sekali, rupa-rupanya akak menjadi penghuni wad selama 2 setengah bulan. Ini adalah disebabkan aku mengalami placenta previa (uri di bawah) dan ada sejarah tumpah darah sebelum itu.
Hari pertama di masukkan di wad akak menangis jugak mengenangkan Atikah yang semasa itu baru berusia 1 tahun 4 bulan yang terpaksa ditinggalkan dan terasa masa terlalu lambat berlalu. Namun akak bernasib baik disebabkan terdapat 2 orang lagi rakan senasib yang juga terpaksa menghuni wad sehingga bulan Oktober. Hanim dan Wani.. bulan Ogos datang lagi... Kenangan di PPUM ini sebenarnya menjadi kenangan yang tak mungkin dilupakan sepanjang hayat kerana tak semua orang dapat pengalaman berpuasa di hospital. Disebabkan tidak terdapat masalah yang kritikal akak cuba juga berpuasa walaupun terdapat doktor yang bukan Islam merasakan perbuatan akak memudaratkan kandungan. Namun rasanya masalah uri di bawah tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti berpuasa dan syukur Alhamdulillah akak dapat berpuasa sepenuhnya sehingga hari pembedahan.
Azalia memang istimewa bagi akak kerana semasa mengandungkan dia akak dapat menamatkan bacaan quran lebih dari 5 kali dan juga dapat membaca surah2 yang digalakkan dibaca semasa mengandung. Semasa mengandungkan diapun terasa ketenangan disebabkan tak perlu untuk menghadapi masalah kesesakan lalulintas pagi dan petang untuk bekerja dapat cuti tapi masih bergaji. Waktu sembahyangpun terjaga kerana tak banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan membuatka kita peka dengan waktu sembahyang... itulah kenangan terbaik semasa di hospital suatu ketika dahulu.. Budak2kat opisni tak faham sebab akak cakap akak suka dok hospital. Sebabnya diaorang cakap duk sepital selepas melahirkan anak selama seharipun rasa rimas. Entahlah, mungkin kalau dah kena hadapinya kita memang terpaksa jugak melaluinya kot!!...
Jadi anak2ku.. harapan ibu jadilah insan cemerlang.. janganlah hendaknya ibu ini lalai dalam menunaikan tanggungjawab. Walaupun sukar namun ya Allah, Engkau berikan aku kekuatan untuk jadi ibu yang TERBAIK untuk mereka... Janganlah hendaknya aku dan anak2ku nanti jadi anak yang derhaka.

Gambar Azalia semasa dia kecik2 dulu... sayang anak ibu... semoga anak ibu akan menjadi anak yang pintar dan membahagiakan hati.

Takaful Kegemaran Terkini...
CHO ZILA (019-210 4240)

Comments

  1. "ANDAI ADA LANGKAH MEMBEKAS LARA,
    ANDAI ADA KATA MERANGKAI DUSTA,
    ANDAI ADA TINGKAH MENOREH LUKA,
    KUMOHONKAN MAAF LAHIR BATIN,
    SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA"

    ReplyDelete
  2. kak, salam ramadhan almubarak dan selamat berpuase buat akak sekeluarga....

    ReplyDelete
  3. Besarnya pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu hanya seorang ibu sajalah yg tahu.

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan dan selamat berpuasa....

    ReplyDelete
  5. saya dulu pon susah nak bersalin.tp alhamdulillah akhirnya dpt gak bersalin secara normal without epidural,induce,vaccum & forcep..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts