Sambutan hari jadi Atikah 3 tahun

Anak ibu yang bernama Nurul Atikah kini dah berumur 3 tahun pada 14/04/2009 dan rasa ralat gak tak dapat nak cium dan peluk dia pada hari lahirnya ini. Sebab Atikah sekarangni ikut nenek dia tinggal di rumah adik mertua teman yang dijangkakan akan menjalani pembedahan jantung pada 16/04 nanti. Oleh yang demikian mertua teman akan tinggal seminggu di Shah Alam untuk menemani anak2 bapak saudara suami teman...Namun teman tetap gembira kerana dapat jugak mengadakan majlis sambutan harijadi dikalangan saudara terdekat sahaja untuk kenangan harijadi yang ketiga.

Lihatlah Atikah dengan solekan rama-rama yang cantik dihasilkan oleh Nadia iaitu sepupu suami teman. Solekan ini tidak sempurna kerana ini bukanlah termasuk dalam perancangan dan semasa Nadia ingin memakaikan lipstik kepada Atikah dia teringatkan face painting yang pernah dia buat sebelum ini. Oleh kerana moyang Atikah telah sampai solekan Atikah hanya sekerat jalan, tapi pada teman dah ok sangat-sangat..
Menu hari itu adalah menu segera belaka disebabkan majlis ini juga merangkap doa selamat untuk bapa saudara suami teman Azman bin Ahmat yang akan menjalani pembedahan jantung di HUKM khamis ini.
Selamat Hari Jadi Nurul Atikah yang ketiga.. Jadi anak yang pintar dan menyenangkan hati ibu bapa tau. Moga ibu jugak dapat memberikan yang TERBAIK untuk anak ibu ini, semoga kasih sayang kita akan bertambah kukuh sehingga akhirnya..

Lihatler Atikah yang semakin besar dan hadiah baju dari semuanya adalah berdasarkan saiz berumur 4 tahun, nasibler kalau beli saiz 3 tahun alamatler tak muat..

Atikah ibu sangat sayangkan kamu dan adik Azalia. Ibu berharap semoga anak ibu kedua-duanya akan menjadi anak yang baik dan jadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.


Hanya kita Harapan Anak-anak:-
http://takafulatilia.blogspot.com/
Cho Zila (019- 210 4240)

Comments

  1. Happy B'day Atikah...semoga menjadi anak yg solehah,bijak & menjadi kebanggaan family,,,,cantik solekan tu...

    ReplyDelete
  2. happy birthday atikah!!!besar dah...jd anak yg mendgr kata tau sayang...

    ReplyDelete
  3. hepi besday atikah..
    be a gud gal
    rajin2 tlg mama!

    ReplyDelete
  4. happy bday atikah,

    semoga berja dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete
  5. hepi besadya atika... semoga pjg umur murah rezeki dan jadi anak yg solehah duni aakhirat... aminnn

    ReplyDelete
  6. salam Cho zila..
    nampak besor & cerdik.. anak kakyong si Fikri kurus keding, makan banyak tapi tak tau le bdn nyer kurus jer.
    happy besday Atikah

    ReplyDelete
  7. selamat hari jadi atikah.
    semoga berjaya dunia dan akhirat..amin

    ReplyDelete
  8. Happy Birthday Atikah, dah besar pun atikah, be a good girl

    ReplyDelete
  9. happy b'day atikah..be a good girl k..

    ReplyDelete
  10. hepi besday atikah..
    semoga hidupmu ceria selalu..
    dipanjangkan umur, dilimpahi rahmat Illahi..

    cantiknya tarikh lahir dia...

    ReplyDelete
  11. hepi besday atikah
    moga menjadi anak yg baik k.

    ReplyDelete
  12. Happy Birthday to you..
    Happy Birthday to you..
    Happy Birthday to you..
    Happy Birthday to Atikah..

    ReplyDelete
  13. happy belated bday to atiqah.

    beza sebulan dgn chem...

    tapi nmpk atiqah lagi mature lah kak..

    ReplyDelete
  14. Happy birthday Atikah

    ReplyDelete
  15. cepat hapdet... dah 2 juta kali dtg nie... hahhahah

    ReplyDelete
  16. Happy Belated Birthday Atikah...
    semoga menjadi akan yg baik & bijak amin... dont be noty2 ok!!! :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts