The Biggest Loser

Atas semangat peserta rancangan realiti "The Biggest Loser" teman cuba untuk menahan godaan dan cabaran untuk memastikan teman juga dapat mengurangkan berat badan yang telah mencapai tahap obesiti ini. Semenjak dari Isnin lepas teman cuba untuk mengurangkan jumlah pengambilan makanan secara perlahan-lahan supaya tidak terasa bebanannya yang membuatkan teman cepat berputus asa.

Pernah menonton rancangan "The Biggest Loser" tak? Rancangan yang memaparkan semangat juang yang tinggi dikalangan peserta untuk memastikan mereka masih berada di rancangan itu dengan dijanjikan habuan duit dan penting sekali ialah perubahan bentuk fizikal yang begitu ketara sekali. Sekiranya mereka masuk ke rancangan tersebut dengan memakai baju yang entah berapa X saiznya kini mereka boleh bertukar kepada saiz yang lebih kecil. Bahagiakan!! Dan yang paling membanggakan juga mereka bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan malah yang paling penting sikap mereka juga berubah. Menurut peserta dari rancangan ini musim pertama beliau lebih bermotivasi untuk meneruskan kehidupan dan tiada lagi perasaan rendah diri lagi dan juga selepas rancangan tersebut beliau merasakan sekiranya melakukan sesuatu dengan kesungguhan hasilnya adalah kejayaan. Kesemuanya itu tidak ternilai dengan wang ringgit dan rasanya inilah yang perlu teman lakukan kini...

Teman kena percaya tiada istilah "INSTANT" @ segera dalam usaha teman untuk mengurangkan berat badan ini. Teringat pulak kes seorang wanita yang meninggal dunia ketika pembedahan kecantikan disebuah klinik di Ampang, betapa malangnya dan teman berharap ini tidak terjadi kepada kita. Percayalah tiada jalan pintas untuk memenuhi impian mengurangkan berat badan dan membuang lemak yang ada ditubuh ini. Kerana lemak itu tercipta sekian lamanya mengikut usia dan kita berharap dia akan menyusut sekelip mata.. mana mungkin kan.

Teman berharap perubahan segera dapat dilakukan supaya semangat juang yang tinggi dalam menahan godaan dan cabaran untuk memastikan keinginan teman untuk kurus itu berterusan sehingga mencapai berat badan yang ideal. Melalui rancangan tersebut juga kita dapat lihat hanya dengan berfikiran positif boleh melakukan sesuatu itu tanpa ragu-ragu membolehkan kita bergerak untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Yang paling penting sekali ialah tiada sikap bertangguh dalam melakukan sesuatu, kerana semakin lama kita bertangguh semakin bertimbun lemak yang kita himpunkan. Alamak! oh tidak Semakin meningkat usia kita semakin kurang tahap metabolisme dan semakin sukar juga usaha kita untuk menurunkan berat badan. Oleh itu sedarlah wahai Cho Zila jangan bertangguh!! (niler sifat paling buruk teman yang ketara!!)..

Jangan Bertangguh!! Mulai dari SEKARANG beringat kalau nak makan jangan main suapjer lepastu nak mengeluhpun tak berguna lagi.. Gerakkan badan supaya sentiasa aktif dan anggaplah semuanya untuk kebaikan diri sendiri dan supaya dapat menyihatkan badan. Badan sihat, Otak Cergas...
bodybuilding myspace comments

Biar Papa (susah) Asalkan Bergaya (lawa)

Percaya Pada Diri :-
CHO ZILA (019-210 4240)
http://takafulatilia.blogspot.com/
Wakil Takaful IKHLAS

Comments

  1. Betul ah tiada jln pintas nak kurus ni kena kuat semangat...

    ReplyDelete
  2. truskan usaha!!!semangat kena kuat...thn nafsu mkn...semoga berjaya!!!

    ReplyDelete
  3. yeahhh!

    displin itu pentinggg!

    ReplyDelete
  4. salam cho zila

    ehemm, nak tanya cho ade makan jamu tak??!!

    apa2 pun selamat menguruskan badan.. caiiyokkk.

    Cho zila, boley tak tolong besor kan sikit font nyer.. kecik benor.. org yg 4 mata cam teman ni,,, terendap2 depan skrin.

    ReplyDelete
  5. lieya mmg ikut citer ni tau kak...mmg best giler....penaik semangat tuk diet....tak sangka sangat msg2 ngan badan bulat2 camtu leh ramping n slim melim....mmg betul2 dieorg exercise kan.....

    ReplyDelete
  6. eemmm... betul la kan... apapun kuatkan semangat dan usaha biar lebih.. heh..heh..heh.. terkejut plak tgk tulisan pun jadi bigger

    ReplyDelete
  7. yus tgk rancangan dari musim pertama sampai ler musim ketiga nie...
    kagum betul tgk peserta yang big size tu boleh kurus dalam masa 9 bulan jer...
    yus ni pun kira montel giler...
    pernah nyaris2 100 kg 2-3 tahun lepas. ni dah turun 10 kg..
    apa yang penting, kena kawal makan ler..

    ReplyDelete
  8. salam, ha..ha..akak ni baru 3 hari menahan godaan dari makan nasi, tapi hari ni dah teringin nak makan nasi lemak, habih tu camno???

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts