AL FATIHAH UNTUKMU
AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM MOHAMED KASIM BIN SIRAT...
Pada 31/07/2008 yang lepas, bapa mertua saya pulang kerahmatullah kerana serangan strok & juga masalah kencing manis & darah tinggi.. Dia tinggal bersama saya selama 2 tahun selepas kelahiran anak pertama saya Nurul Atikah. Ibu & bapa mertua saya berpindah kerumah baru kami kerana Nurul Atikah semasa kecil nya menghadapi masalah nafas berbunyi. Pada saya mertua saya kedua-duanya terlalu baik dan senang sekali bersama mereka.. Walaupun ada cerita tentang kehidupan yang tidak baik sekiranya tinggal sebumbung dengan mertua, alhamdullillah ini tidak terjadi kepada saya.
Kenangan yang terindah bersama bapa mertua saya ialah pada awal perkahwinan saya iaitu semasa makan tengahari di sebuah kedai. Saya membeli kuih untuk kunyah-kunyah dalam kereta semasa balik, semasa melintas jalan entah macamana saya tercampakkan kuih tu... maka musnahlah harapan saya nak makan ni.. tapi saya tak kisah sangatpun, bapa mertua saya boleh menyeberang balik untuk membelikan kuih itu kepada saya.. masa tu saya rasa terharu sangat sebabnya suami sayapun tidak memperdulikan keadaan itu.. Dan saya tahu bapa mertua saya menyayangi menantu dia sama dengan anak-anak dia, kalau dia memberi duit dia akan bagi sama rata.. Semoga Allah menempatkan dia bersama-sama orang2 yang soleh.. Al-Fatihah...
bertuahnya kan dapat mertua yg baik...saya pun dah kehilangan pak mertua tahun Jun 2007 semasa kami di jepun...sedihnya Allah saja yg tau...sbb bulan 9 dah nak balik for good.
ReplyDeletep/s:thanks for droppping by!