Nuffnang saya

29 April, 2020

STAYATHOME dan Selamat Berpuasa

Hari ini dah masuk PKP 4, baru ada masa nak tengok blog sendiri... Tulis ini sekadar kenangan yang paling tidak boleh dilupakan.. Covid 19 punya angkara akhirnya kita semua terpaksa di perintahkan kurangkan pergerakan (Perintah Kurang Pergerakan =PKP). Semua orang kena patuh dengan arahan pihak berkuasa, kalau tidak ke lokaplah jawabnya.. Ya Allah ampuni dosa kami... 

Hari ini juga sudah masuk hari ke 6 kita berpuasa... selamat berpuasa untuk semua .. puasa yang tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini.. terlalu berbeza... tiada Pasar Ramadan (PARAM), tiada terawih berjemaah di surau dan masjid, tak boleh balik kampung untuk berbuka bersama keluarga tersayang, tiada iklan buffet ramadan di hotel, tiada juga orang berpusu-pusu ke Jalan TAR, PKNS Shah Alam... 

Inilah Ramadan yang sangat tragis, entahlah bila berakhirnya virus ini. Semua orang rasanya ingin kembali kepada seperti dahulu, tapi rasanya susah. Ingin berjumpa kawan-kawan mengopi, berjalan bersama sekeluarga, balik kampung jumpa emak... Ya Alah ampuni dosa kami...


#STAYATHOME
#SELAMATBERPUASA

2 comments:

  1. Seluruh dunia bagai berkabung. Kita terpaksa jalani hidup yang berpusing 360°. Moga terus bertabah.

    Selamat berpuasa...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum puan. puan anak kepada zakaria ansari bin jantan bekas cikgu mara ker.

      Delete

Nuffnang oh Nuffnang