Tahun Periksa anak-anak ~ Wordless Wednesday

Kisah awal tahun yang sibuk dengan majlis perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk anak yang tahun ini peperiksaan besar.. Tahun ini Atikah akan mengambil peperiksaan UPSR disekolah kebangsaan dan PSRA untuk sekolah agama. Azalia pula akan mengambil peperiksaan UPKK sekolah agama... Jadi tahun 2018 ini akak akan sibuk bebeno...

Akak pergi ke tiga-tiga majlis anjuran sekolah untuk mengetahui peranan pihak sekolah dan juga pihak ibu bapa demi kecemerlangan anak-anak... Tapi sayang gambar hanya di majlis permuafakatan SRA sahaja yang ada... 
Untuk anak kita..
Tabik spring dengan SRA Bandar Kinrara 5...
Memang terbaik perancangan yang guru sekolah ini lakukan...
Semoga anak-anak akan melaksanakan tugas mereka... 
Ucapan dari Guru Besar...
Penerangan dari Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum..
Banyak rancangan yang telah dilakukan..
Moga Allah berikan kekuatan untuk guru-guru ini... 
Memperkenalkan guru kelas darjah 6...
Ustazah Rabiatul Adawiyah guru kelas Atikah
Sijil serah tanggungjawab dari pengerusi PIBG sekolah...
Dan juga selepas itu sijil terima tanggungjawab dari pihak sekolah kepada ibu bapa...
Guru umpama lilin yang membakar diri sendiri...
Wahai anak teruslah berjuang belajar untuk kejayaan kamu..
Guru hanya gembira kamu berjaya tapi kejayaan kamu nanti untuk kesenangan diri sendiri..
Guru hanya memohon anak-anak murid mendoakan kebaikan dan kesejahteraan untuk mereka sahaja untuk jasa yang mereka taburkan...

Comments

  1. peranangan yg baik dari guru mendorong kepada kecemerlangan murid ..betul tak kak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts